Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Murid Maut Selepas Tercampak...

PARIT BUNTAR – Seorang murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Megat Aris, Bagan Tiang...

Rusia Setuju Redakan Ketegangan

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin...

Projek Mitigasi Kurangkan Masalah...

KUALA LUMPUR - Projek mitigasi bagi meningkatkan kapasiti bekalan air terawat di Selangor...

Kerajaan Bayar RM600,000 Kepada...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Kerajaan Malaysia dan...

2 Penjenayah Ditembak Mati, 2 Lagi Ditahan

KOTA BHARU – Polis Kelantan menumpaskan empat penjenayah warga asing dengan dua daripadanya ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Salor Baru di sini , malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata dalam kejadian pukul 10 malam tadi, kereta yang dinaiki suspek dikatakan terserempak dengan polis di Wakaf Che Yeh di sini, sebelum mereka bertindak memecut kenderaan melarikan diri.

Bagaimanapun, polsi mengejar kereta suspek kira-kira lima kilometer dari Wakaf Che Yeh sehingga ke Jalan Salor Baru sebelum kenderaan penjenayah memasuki satu lorong dan berlaku kejadian berbalas tembakan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Fakri berkata dalam kejadian itu, dua penjenayah ditembak mati di lokasi kejadian manakala dua rakan mereka berjaya lagi ditahan.

Katanya, daripada pemeriksaan rekod polis, mendapati empat penjenayah itu terbabit dalam kes samun bank dan memiliki lapan rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis.


“Mayat kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata polis akan membuat siasatan lanjut berkaitan kes terbabit. – BERNAMA

Kategori