Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MAS Terima Pesawat Boeing...

SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) menyambut ketibaan pesawat Boeing 737 ke-100 sambil meraikan...

Penubuhan NDRC Tingkatkan Kebajikan...

KUALA LUMPUR - Penubuhan 'National Dispute Resolution Chamber (NDRC)' tahun depan tidak akan...

Suami “Frust” Lihat Wajah...

Seorang suami bangga memperisterikan seorang wanita cantik yang selama ini menjadi kegilaanya.Namun,alangkah terkejutnya...

Setuju Ketepi Soal Pemilihan,...

BERA - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersetuju supaya...

2 Polis Cedera Kereta Bertembung Penjenayah

SANDAKAN – Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah kereta curi dinaiki dua lelaki yang cuba melarikan diri selepas dikejar di Jalan Pelabuhan Sandakan di sini, semalam.

Akibat pelanggaran itu, Sarjan Fadil Abu Bakat, 53, cedera di belakang kepala manakala Lans Kpl Ismail Samsudin, 29, mengalami gegaran di kepala.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Mohd Azhar Hamin berkata kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mereka membantu mengejar kereta berkenaan yang dikesan oleh sebuah kereta peronda lain di kawasan Bandar Ramai-Ramai.

Katanya menyedari kehadiran polis, suspek bertindak memecut kenderaan dan cuba melarikan diri sebelum bertembung dengan kereta peronda yang datang membantu menjejaki kereta suspek.

“Keadaan dua anggota itu dilaporkan stabil dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Duchess of Kent Sandakan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azhar berkata seorang suspek berusia 31 tahun dalam kereta curi itu turut cedera dan masih menerima rawatan di hospital manakala suspek kedua berusia 19 tahun hanya cedera ringan dan ditahan reman.


Katanya kereta jenis Proton Aeroback dinaiki dua suspek itu dilaporkan hilang pada Ahad lepas di Jalan Cecily di sini.

Beliau berkata berkata kedua-dua lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun kerana cubaan membunuh anggota polis.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati kedua-dua suspek juga positif dadah dan mempunyai rekod jenayah kesalahan lampau. – BERNAMA

Kategori