Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lagu ‘Jangan Menangis’ Buat...

JANGAN menangis, ini semua ketentuanNya.. Itu adalah bait-bait lirik lagu yang berjudul Jangan...

JLKN Sedia Hantar Sukarelawan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menghantar anggota Briged Sukarelawan...

Terlanggar Lembu Melintas, 2...

KUANTAN - Dua beradik maut setelah kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas...

11 Kru Dikhuatiri Hilang,...

JOHOR BAHRU - Sebelas kru kapal korek pasir dikhuatiri hilang apabila kapal mereka...

224 Saman Dikeluarkan Dalam Ops Bersepadu

PORT DICKSON – Polis mengeluarkan 224 saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan trafik dalam operasi bersepadu yang dijalankan serentak di Lukut, Teluk Kemang, Pasir Panjang dan Port Dickson, malam tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Sembilan, Supt. Md Dali Wahid berkata seramai 516 individu dan 376 motosikal diperiksa dalam operasi yang bermula 9 malam tadi dan berakhir 9 pagi ini.

Antara kesalahan yang dikenakan saman ialah tiada lesen memandu (51 saman), nombor plat tidak mengikut spesifikasi (59 saman), cukai jalan tamat tempoh (10 saman) dan 104 saman atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata operasi itu disertai seramai sembilan pegawai dan 72 anggota polis, 15 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), enam pegawai dan anggota Jabatan Alam Sekitar dan 10 anggota Majlis Perbandaran Port Dickson.


“Operasi ini diadakan bertujuan untuk pencegahan jenayah dan mengesan dan membenteras aktiviti-aktiviti samseng jalanan di sekitar daerah ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori