Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jumlah Kenderaan Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Jumlah kenderaan dijangka meningkat di semua lebuh raya Projek Lebuhraya...

Aliff Syukri Bidas Isu...

TERDAHULU jutawan kosmetik ini dikecam kononnya membela haiwan eksotik tanpa permit sah. Kini,...

Najib: Pembangkang Sabotaj Ekonomi,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak...

Ayahanda Saudara Sultan Selangor...

SHAH ALAM - Ayahanda saudara kepada Sultan Selangor, Tengku Besar Putra Selangor, Tengku...

3 Lelaki Menyamar Polis Ditangkap Penduduk

ALOR SETAR – Taktik tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun seorang lelaki akhirnya menerima padah apabila mereka ditangkap oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Batu Lima, Sik, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun, yang memandu kenderaan Toyota Hilux ke Jeneri menyedari beliau diekori oleh dua buah kenderaan jenis Nissan Navara dan sebuah Proton Saga.

” Sampai di tempat kejadian, tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari Bukit Aman itu telah turun dari kereta dan datang ke arah mangsa dengan memegang sepucuk pistol dan cota,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa sempat menghubungi majikannya yang kemudian melaporkan perkara itu kepada polis dan dalam masa yang sama meminta bantuan daripada penduduk kampung dengan menggunakan aplikasi ‘Whatsapp’.

“Penduduk kampung yang berada berhampiran tempat kejadian telah berjaya menahan tiga suspek , berusia 21, 25 dan 32 tahun manakala dua lagi suspek yang berada dalam kereta Proton Saga berjaya melarikan diri,” katanya.

Mior Farid Al Athrash berkata dua minggu sebelum kejadian, satu laporan berhubung kejadian samun telah dibuat di Sik di mana mangsa samun mengalami kerugian berjumlah RM10,000.


“Kita percaya ini merupakan kes kedua yang dilakukan oleh kumpulan yang sama kerana modus operadi yang digunakan sama. Kesemua suspek yang berasal dari Selangor ini dipercayai datang ke Sik dan menyewa di rumah inap desa sebelum melakukan jenayah di situ.

“Kesemua suspek mempunyai rekod lampau yang melibatkan kes jenayah dan dadah dan usaha untuk mengesan dua lagi suspek sedang dilakukan,” katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan Nissan Navara yang dinaiki suspek, polis menemukan sepucuk pistol mainan, cota, parang, kapak kecil dan telefon bimbit.

Kesemua suspek ditahan reman selama 11 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan, katanya. – BERNAMA

Kategori