Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bunuh Amah, Suami Isteri...

PUTRAJAYA - Bekas perunding pendawaian elektrik dan isterinya, yang sebelum ini dijatuhi hukuman...

Kronologi Kes Bunuh Berprofil...

SEMBILAN tahun berlalu, akhirnya kes pembunuhan berprofil tinggi melibatkan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu...

Krisis Tebusan Budak 2...

SINGAPURA - Krisis tebusan selama 17 jam antara pihak polis dengan lelaki yang...

Hadi Dakwa PAS Berjaya...

TUMPAT - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu berjaya...

3 Penguat Kuasa AADK Cedera Dalam Operasi

BUTTERWORTH – Tiga anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang cedera selepas bergelut dengan sekumpulan lelaki yang tidak berpuas hati selepas rakan mereka ditangkap dalam operasi agensi itu hari ini.

Sumber AADK berkata dalam kejadian pukul 7 pagi itu, kumpulan lelaki berkenaan bertindak melakukan provokasi ke atas penguat kuasa AADK yang sedang menjalankan proses dokumentasi ke atas para pengunjung sebuah pusat hiburan di Seberang Jaya yang ditahan dalam operasi itu.

“Terdahulu, semasa serbuan itu, kumpulan berkenaan turut menghalang AADK menjalankan tugas sehingga beberapa rakan mereka melarikan diri ketika operasi tersebut namun mereka berjaya ditahan semula.

Semasa proses dokumentasi, kumpulan itu sekali membuat provokasi dan ketika hendak menahan mereka berlaku pergelutan dengan penguat kuasa AADK sehingga tiga (penguat kuasa) cedera di bahagian tangan dan badan,” katanya di sini hari ini.

Katanya mereka diserahkan kepada polis kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan mencetuskan rusuhan.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa dan Keselamatan AADK Pulau Pinang Nasruddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkannya dan berkata kumpulan lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati selepas rakan mereka ditahan ekoran positif dadah.


Katanya dalam operasi bermula 3.30 pagi itu, seramai 95 individu diperiksa kerana disyaki mengambil dadah ketika sedang berhibur di pusat hiburan tersebut.

Beliau berkata semua pengunjung yang terdiri daripada 77 lelaki dan 18 wanita dibawa ke Pejabat AADK Daerah Seberang Perai Tengah bagi pemeriksaan lanjut dan proses dokumentasi.

“Ujian air kencing ke atas 29 lelaki dan 11 wanita yang berumur di antara 20 hingga 35 tahun itu didapati positif dadah dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Operasi berkenaan turut disertai anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). – BERNAMA

Kategori