Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Perak Rampas Syabu...

IPOH - Polis Perak membuat rampasan terbesarnya tahun ini apabila merampas dadah jenis...

Mahkamah: Sebutan Semula Kes...

TANJUNG MALIM - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan kes pemandu lori...

Curi Tayar, Remaja Dikenakan...

KUALA LUMPUR - Suasana sayu menyelubungi bilik bicara mahkamah apabila seorang bapa mengalirkan...

PRU-14: N.Sembilan Serah Surat...

SEREMBAN - Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Mohamad Amin Ludin hari...

4 Bank Di Ipoh Cuba Dipecah Masuk Serentak?

IPOH – Panel kaca kawasan mesin teler automatik (ATM) milik empat buah bank di lokasi berbeza di bandar raya ini pagi ini berjaya dipecah dalam cubaan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Dua buah bank komersial tersebut terletak di Gunung Rapat manakala masing-masing sebuah bank terletak di Jalan Yang Kalsom dan Greentown, menurut laporan beberapa portal berita tempatan hari ini.

Dalam pada itu, sumber memberitahu bahawa keempat-empat insiden berkenaan dipercayai dilakukan antara jam 1 pagi hingga 6 pagi iaitu tempoh waktu ketika suasana agak lengang dan tiada pelanggan.

Pihak terbabit kemungkinan sengaja berbuat demikian untuk cuba melarikan ATM terdapat di ruang tersebut atau barang kali kecewa setelah gagal menyelesaikan jenayah pecah masuk yang sudah dirancang.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritenden Abdul Rani Alias ketika dihubungi oleh media turut mengesahkan mengenai kejadian tersebut namun enggan mengulas kes dengan lebih lanjut.


Beliau sebaliknya berkata: “Pihak polis sedang meneliti segala rakaman kamera litar tertutup yang ada di empat bank berkenaan untuk mencari petunjuk siasatan.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video dibawah sekadar hiasan…

Kategori