KUALA LUMPUR – Empat penjenayah yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun berjaya ditembak mati oleh pihak polis di Sri Rampai, ibu negara pagi tadi.
Berita Harian melaporkan, empat anggta Geng Civic itu ditembak oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Selangor dalam kejadian berbalas tembak di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini.
Difahamkan, kesemua suspek lelaki itu baru sahaja melakukan satu kejadian samun, namun tidak dapat dipastikan lokasi jenayah tersebut.
Polis turut menemui sejumlah wang tunai dalam kereta jenis Honda Civic yang dinaiki suspek tetapi belum dipastikan jumlah dan siapakah pemiliknya. – MYNEWSHUB.CC