Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

3 Termasuk 2 Datuk...

PUTRAJAYA - Tiga pengarah syarikat termasuk dua bergelar Datuk direman lima hari sehingga...

Suri Rumah Didakwa Abai...

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

Liyana Jasmay Elak Anak,...

PETALING JAYA - Pelakon Liyana Jasmay tidak membenarkan akaun laman sosial seperti Instagram...

Lafarge Tanggung Kos Cuci...

LANGKAWI - Lafarge Cement Sdn. Bhd., syarikat pengendali kilang simen di sini, bersedia...

53 Atlet Johor Terpilih Ke Sukan SEA Ogos Ini

ISKANDAR PUTERI – Seramai 53 atlet Johor terpilih mewakili negara dalam temasya Sukan SEA 2017 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan berkata kesemua mereka akan menyertai 23 acara termasuk akuatik, badminton, berbasikal, bola jaring, bola keranjang, teakwando dan olahraga.

Pemilihan atlet berkenaan dibuat menerusi satu program khas iaitu Program Kita Juara oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Melalui program itu, para atlet perlu melepasi tahap kelayakan yang ditetapkan MSN bagi menjalani latihan sepenuh masa di bawah pemantauan sepenuhnya oleh jurulatih kebangsaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Adam Sumiru (BN-Tanjung Puteri) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di sini hari ini.


Zulkurnain berkata latihan sepenuh masa itu terdiri daripada tiga fasa dengan fasa pertama bermula dari 1 Sept 2015 hingga September 2016, fasa kedua (2 Okt hingga Mac 2017) dan fasa ketiga (3 April hingga Ogos tahun ini).

Berbekalkan latihan berkenaan, setiap atlet, kata Zulkurnain akan dinilai prestasinya bagi melayakkan mereka diserap ke dalam fasa berikutnya.

“Kriteria kelayakan ke dalam program ini ialah atlet berkenaan mestilah pemenang pingat Sukan SEA 2015, Sukan Asia dan Komanwel, pemenang Kejohanan Remaja Asia dan Dunia, ranking 16 terbaik dunia, ranking lapan terbaik Asia, ranking lima terbaik SEA, juara kebangsaan serta juara Temasya Sukan Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Kategori