Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Projek Mega Terowong: Kerajaan...

GEORGETOWN - Gerakan Pulau Pinang hari ini membidas kerajaan pimpinan DAP negeri kerana...

Betul Ke? 5 Pemain...

PENGURUS baru Manchester United(MU) Jose Mourinho setakat ini baru membawa masuk satu pemain yang...

Geng Pondan Ditahan Disyaki...

GEORGE TOWN - Lima lelaki yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita ditahan kerana...

Pelajar Terbabit Jenayah Di...

ALOR SETAR - Polis Kota Setar meningkatkan kerjasama dengan pengurusan sekolah di daerah...

6 Pegawai Polis Melaka Dipanggil Bantu Siasatan

MELAKA – Seramai enam pegawai polis di negeri ini telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes yang dijalankan oleh suruhanjaya itu, kata Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut kes yang sedang disasat oleh SPRM itu kerana tidak mahu mengganggu proses siasatan kes tersebut.

Katanya tiga pegawai polis itu masing-masing daripada Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan IPD Jasin telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi semalam, manakala seorang pegawai kanan di IPD Melaka Tengah dan seorang pegawai IPK Melaka dibawa lewat malam semalam.

Seorang lagi pegawai kanan di IPD Jasin telah hadir sendiri ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan juga pada lewat malam semalam, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dilaporkan hari ini enam individu, termasuk tiga pegawai polis yang ditahan SPRM di Melaka semalam, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 mulai hari ini sehingga Isnin ini dan perintah reman dikeluarkan Majistret Muhamad Safuan Azhar di Putrajaya.


Abd Jalil berkata Polis Melaka yakin dan amat menghormati profesionalisme ditunjukkan SPRM dalam menyiasat kes tersebut dan sedia bekerjasama rapat dengan suruhanjaya itu dalam usaha memastikan keteguhan integriti pasukan polis di negara ini.

“Polis Melaka bersama Jabatan Integriti pasukan ini sentiasa memastikan integriti Polis Diraja Malaysia setiasa pada tahap tertinggi dan memantau serta membanteras sebarang salah laku anggota polis,” katanya. – BERNAMA

Kategori