Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PRK P’kalan Kubor: Pemuda...

KOTA KINABALU - Pemuda UMNO sedang berusaha menghubungi 1,000 pengundi muda berdaftar bagi...

UMNO Perlu Tangkis Persepsi...

KUALA LUMPUR - UMNO perlu tampil dengan imej yang lebih segar untuk menangkis...

Lagi Tip Keselamatan Penggunaan...

KUALA LUMPUR - Bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman untuk sambutan...

Suspek Utama Kes Bunuh...

KUALA BERANG - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang hari...

75 Ahli PKR Hilang Jawatan Sekiranya Akur Dengan Pimpinan

KOTA BHARU  –  75 ahli PKR yang dilantik secara politik dalam kerajaan negeri Kelantan akan hilang jawatan sekiranya mereka akur dengan arahan pucuk pimpinan parti.

Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pelantikan mereka dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) bagi membantu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Apa sahaja keputusan mereka kita masih tawarkan jawatan yang sama kepada mereka. Terpulang kepada mereka untuk terus mendukung kerajaan negeri atau sebaliknya,” katanya memetik laporan MalaysiaGazette.

Antara jawatan yang dipegang oleh ahli PKR dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan ialah Penyelia Parlimen, Penyelia DUN, Penghulu Tanpa Mukim (14 orang), Pegawai Pejabat Tanah dan Galian (6 orang), Syarikat Milik Kerajaan Negeri (10 orang), dan Ahli Majlis (39 orang).

Terdahulu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media mengarahkan supaya semua lantikan politik ahli PKR dalam kerajaan negeri itu melepaskan jawatan serta merta.

Malah katanya, keputusan itu juga turut telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan.


Isu ini mula timbul selepas PAS menerusi Majlis Syura Ulamak memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atas alasan parti itu telah mengingkari beberapa syarat kerjasama politik itu.

Walaupun PAS bertindak memutuskan kerjasama politik dengan PKR, parti yang diterajui oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagaimanapun ‘berdegil’ untuk melepaskan jawatan tiga Exco dalam kerajaan negeri Selangor.

Malah tindakan PKR mengarahkan kesemua ahlinya yang dilantik secara politik dalam kerajaan negeri Kelantan juga dilihat seolah-olah satu ‘sindiran’ terhadap PAS. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6_N-aa5m7gw

Kategori