Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ackbal Panglima TUDM Yang...

SUBANG - Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenan Jeneral Datuk Seri...

Pelaburan RM25.5B: Amazon Percaya...

KUALA LUMPUR : Keputusan Amazon Web Service (AWS) membuat pelaburan sebanyak RM25.5 bilion...

Muka Iras Suspek Bom...

HANYA kerana memiliki wajah seiras suspek yang amat dikehendaki Polis Diraja Thailand untuk...

AS Bakal Pindah Kedutaan...

SEKELIP MATA kita sudah hampir menyambut Ramadan 1439 Hijriah yang tinggal beberapa hari...

882,811 Penumpang Guna Lapangan Terbang Sandakan

SANDAKAN – Bilangan penumpang yang menggunakan Lapangan Terbang Sandakan pada tahun lepas adalah seramai 882,811 orang, meningkat 29,400 orang berbanding 853,411 pada tahun sebelumnya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin peningkatan ini akan berterusan lebih-lebih lagi setelah projek pemanjangan landasan lapangan itu disiapkan.

Pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan membolehkan pendaratan kapal tanpa had muatan untuk operasi pesawat Airbus 320 dan Boeing 737, katanya pada majlis perasmian naik taraf landasan Lapangan Terbang Sandakan yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Justeru, katanya, apabila siap kelak, kerajaan mengharapkan kesan segera kepada sektor eko pelancongan Sabah dapat direalisasikan khususnya di daerah ini.

Beliau berkata usaha itu akan dapat menarik lebih banyak syarikat penerbangan komersial serta penerbangan sewa khas terutama dari China untuk terbang secara terus ke Sandakan.

Sementara itu, Liow berkata kerajaan persekutuan memperuntukkan RM41 juta untuk pembangunan dalam sektor udara di Sabah pada tahun ini.


Menurutnya jumlah tersebut daripada peruntukan RM79.2 juta disediakan oleh kerajaan persekutuan untuk sektor pengangkutan di negeri ini pada tahun ini menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

“Kerajaan persekutuan amat komited dan serius dalam menyediakan kemudahan infrastruktur terbaik bagi memastikan kualiti hidup rakyat di Sabah dapat dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas, sebanyak RM13.1 juta telah pun dibelanjakan bagi pembangunan infrastruktur berkaitan pengangkutan di Sabah yang meliputi pelbagai sektor.

Katanya bagi sektor udara sahaja, sebanyak RM1.4 juta telah dibelanjakan. – BERNAMA

Kategori