Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sektor Pembuatan Dijangka Naik...

KUALA LUMPUR - Sektor pembuatan dijangka berkembang 4.7 peratus tahun depan disokong oleh...

Tak Menang Oscar…Michael Keaton...

Biarpun Anugerah Academy ke-87 sudah melabuhkan tirainya beberapa hari lalu, media masih lagi...

Sukan Komanwel Labuhkan Tirai...

GOLD COAST – Selepas 11 hari pertandingan, temasya Sukan Komanwel 2018 malam ini,...

PKR Yakin DAP Tidak...

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP...

99 Negara Teruk Diserang Godam Siber Skala Mega

WASHINGTON DC – Serangan siber skala mega menggunakan peranti penggodam yang asalnya dicipta Agensi Keselamatan Nasional (NSA) Amerika Syarikat (AS) menjejaskan 99 buah negara.

Pihak berkuasa di seluruh dunia bagaimanapun cuba menyelamatkan rangkaian komputer di negara masing-masing dengan berusaha memperbaharui kembali sistem teknologi komunikasi malumat (ICT) dari serangan berulang.

Media antarabangsa melaporkan, serangan sebenarnya bermula pada April lalu, melibatkan kumpulan penggodam dikenali sebagai The Shadow Brokers berjaya menceroboh peranti NSA sebelum mula menyerang negara lain.

Secara kebetulan firma ICT terkemuka, Microsoft telah mengeluarkan sebuah peranti khusus untuk cegah serangan penggodam pada Mac lalu, tetapi belum berjaya kerana banyak sistem komputer yang mungkin belum diperbaharui.

Serangan serentak kali ini melanda paling banyak negara dalam sejarah, termasuk AS sendiri selain Britain, China, Rusia, malahan sistem data berpusat hospital di Indonesia dan dua buah universiti terkemuka di Singapura.

Firma keselamatan dunia maya terkenal antarabangsa, Avast melaporkan serangan siber skala besar tersebut malah mencatatkan sebanyak 75,000 kes di seluruh dunia dengan kod serangan itu bernama WCry atau WannaCry.

“Ini serangan skala raksasa,” kata pakar keselamatan siber dari Avast, Jakub Kroustek. Gangguan bahkan mengguna pakai lebih 25 bahasa dengan penggodam turut meminta wang tebusan maya AS$300 untuk serangan dihentikan.

Pangkala data bersepadu sistem perkhidmatan kesihatan awam di England dan Scotland turut dilaporkan terkena serangan siber paling parah dirujuk sebagai ransomware sekali gus mengakibatkan operasi komputer lumpuh.

Serangan muncul di skrin komputer melalui kiriman e-mel dan pautannya, yang jika dibuka akan mengunci semua fail jaringan sistem komputer dan hanya boleh dipadam jika dibayar wang tebusan dalam bentuk digital Bitcoin.

Rusia adalah salah satu negara yang paling teruk akibat serangan siber ini. Kementerian dalam negeri Rusia namun menyatakan telah memindahkan ‘virus’ itu dan ia menyerang komputer peribadi dengan sistem operasi Windows.


Sejumlah netizen di beberapa buah negara Eropah telah memuat naik foto keadaan skrin komputer yang digodam, termasuk mesin tiket kereta api domestik di Jerman dan makmal komputer di sebuah universiti awam di Itali.

Beberapa firma ternama di Sepanyol, termasuk syarikat telekomunikasi terbesar Telefonica dan operator bekalan elektrik tempatan, Iberdrola, turut terjejas. Staf dimaklumkan untuk mematikan komputer mereka serta-merta.

Manakala firma telekomunikasi Portugal, syarikat kurier antarabangsa FedEx, serta jaringanan telefon selular terbesar kedua di Rusia juga mendakwa bahawa mereka juga diserang penggodam dengan modus operandi sama.

Beberapa pakar siber mendakwa serangan tersebut kemungkinan dilakukan untuk mengeksploitasi kelemahan sistem Microsoft di AS yang telah dikenal pasti pihak NSA sebelum ini dan diberi nama sebagai EternalBlue.

Malangnya peranti milik NSA itu kemudian ‘dicuri’ oleh sekelompok penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai The Shadow Brokers, dan kemudian cuba pula menjualnya dalam sistem bidaan antarabangsa secara online.

Namun, mereka mencipta alat lain secara bebas dan mengumumkan kata laluannya awal April lalu. Penggodam mendakwa mereka bertindak sebagai ‘protes’ terhadap Presiden AS, Donald Trump. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori