Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kadar Air Di Pulau...

GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengenakan caj perkhidmatan bekalan...

Muka Jadi ‘Hancur’ Kerana...

GARA-GARA mahu cantik, dua wanita terpaksa hidup dengan muka yang pelik selama 10...

Aksi Kelantan Belum Capai...

MARAN - Prestasi pemain Kelantan yang semakin meningkat memberi kelegaan kepada jurulatih pasukan,...

Sabah Masih Kubu Kuat...

SEMPORNA - Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Ramlee Marahaban yakin Sabah...

Abdul Hadi Selamat Jalani Pembedahan Injap Jantung

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat menjalani pembedahan penggantian injap jantung beliau, di Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi Selasa.

Pihak IJN dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa pembedahan pemindahan injap tersebut malah berjalan mengikut jadual dirancang awal dan hanya memakan masa selama tiga jam.

Pembedahan tersebut dilakukan kerana tahap kesihatan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dilaporkan semakin tidak mengizinkan akibat kes kebocoran pada injap jantung beliau sendiri.

Beliau pernah juga dua kali dimasukkan ke IJN pada tahun lalu masing-masing sekitar Januari dan Oktober. Media ketika itu melaporkan ia sekadar rawatan susulan biasa yang dijadualkan oleh pakar.

Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar semalam mengesahkan bahawa Abdul Hadi telah dimasukan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara untuk menjalani rawatan intensif.

Dalam pada itu, media difahamkan Abdul Hadi kemudian ditempatkan dalam unit rawatan rapi untuk pemantauan berterusan doktor selama beberapa hari pasca prosedur pembedahan rutin tersebut.


Tempoh selama 48 jam merupakan jangka waktu penting selepas pesakit menjalani pembedahan dan Abdul Hadi dinasihatkan tidak menerima tetamu kecuali ahli keluarga terdekat. – Mynewshub.cc/HAA

* Video di bawah memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menziarahi Datuk Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menerima rawatan di IJN tahun lalu:

Kategori