Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penyiasat Dedah Penemuan Baru...

THE HAGUE - Penyiasat antarabangsa yang menyiasat nahas pesawat MH17 akan mendedahkan penemuan...

Penerima Bantuan Krismas Kongsi...

MELAKA - Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM60,000 bagi membantu 300 orang yang kurang...

PRU15: Mujahid Isytihar Dua...

PARIT BUNTAR : Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Mujahid...

24,241 Kes Baharu Covid-19

Kuala Lumpur : Jumlah kes harian Covid-19 semalam menurun kepada 24,241 kes berbanding...

Abang Maut Ditikam Di Dada Oleh Adik Sendiri

SEORANG lelaki meninggal dunia dipercayai ditikam adiknya di dada kejadian di Kampung Kulim, di Tumpat, tengah malam tadi.

Mangsa berusia 52 tahun meninggal ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kota Bharu, pada 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip, berkata ketika kejadian, dua beradik itu dikatakan bergaduh sebelum mangsa ditikam adiknya.

Menurutnya, adik lelaki itu yang berusia 50 tahun dikatakan mengalami masalah mental.

“Mangsa yang parah kemudiannya dikejarkan ke klinik untuk rawatan dan disahkan meninggal.


“Mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat pagi ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini. – myMetro Online

Kategori