Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Guru Prasekolah Maut Selepas...

KOTA TINGGI - Seorang guru prasekolah maut manakala duan anak lelakinya cedera selepas...

Najib Rakam Penghormatan Kepada...

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghormatan kepada...

Profesor Diraja Ungku Aziz...

KUALA LUMPUR - Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid meninggal dunia...

Memalukan….Menteri Mengaku Tak Baca...

PARIS –Seorang menteri wanita Perancis, Fleur Pellerin mengejutkan penduduk di negara berkenaan selepas...

Adya Hotel Ditawar Urus Hotel 4 Bintang Di Arab Saudi

LANGKAWI – PKB Hotel Management and Services Sdn Bhd (PKBHMS), syarikat pengurusan rangkaian hotel berjenama Adya, berkemungkinan menguruskan sebuah hotel bertaraf empat bintang baharu di Arab Saudi pada tahun ini.

Anak syarikat Permodalan Kedah Berhad itu telah diberikan tawaran berkenaan oleh pemilik hotel berkapasiti 297 bilik itu dalam satu perbincangan yang telah diadakan di sini baru-baru ini, kata Pengerusi PKBHMS, Nor Saidi Nanyan.

“Selepas Hari Raya ini, satu pasukan pengurusan kami akan ke Jeddah untuk melihat sendiri hotel berkenaan dan kalau semuanya berjalan dengan baik, kami akan membuat perjanjian menguruskan hotel itu,” katanya semasa ditemui di sini.

Nor Saidi berkata tawaran ini merupakan antara beberapa tawaran yang diterima PKBHMS yang menguruskan rangkaian hotel berkenaan berdasarkan konsep patuh syariah.

“Setakat ini saya melihat tiada risiko untuk kami mengambil peluang menguruskan hotel ini. Memandangkan hotel ini belum dilancarkan, kami juga mencadangkan ia dinamakan sebagai Adya Hotel Jeddah (jika PKBHMS menguruskannya),” katanya.

Setakat ini, syarikat berkenaan menguruskan Adya Hotel Langkawi yang terletak di pekan Kuah di sini dan Adya Hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.


Katanya sebuah lagi hotel baharu yang akan diuruskan ialah Adya Hotel Cenang di sini yang kini dalam peringkat akhir penyiapan dan akan beroperasi selewat-lewatnya Oktober ini.

Selain itu, Nor Saidi berkata Lembaga Getah Malaysia (LGM) turut menyatakan minat mereka meminta PKBHMS menguruskan kompleks apartmen mereka di sini, sementara perbincangan sedang berjalan untuk mengambil alih pengurusan sebuah lagi hotel di Kuala Lumpur.

Beliau berkata kejayaan rangkaian Adya Hotel ini mendapatkan kepercayaan banyak pihak menguruskan hotel mereka menggambarkan keyakinan terhadap konsep Islamik dan patuh syariah yang diamalkan pengurusan mereka.

“Konsep ini bukan semata-mata menekankan penyediaan makanan halal atau yang berkaitan dengannya sahaja tetapi lebih menyeluruh untuk menyentuh pelbagai elemen murni dalam ajaran Islam,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • hotel

Kategori