Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Johor Milik Sultan...

KUALA LUMPUR - "Semua stadium di Johor sememangnya milik kerajaan Johor dan kerajaan...

Yakin Dapat Terbang Helikopter...

BEIJING - Seorang lelaki tua di wilayah Liaoning menyimpan impian untuk melihat helikopter...

Sunway Pyramid Tawar ‘Tatu’...

PENCULIKAN kanak-kanak merupakan antara isu yang sering kita dengar terjadi di Malaysia. Ianya...

UMP Hasil Serum Halal...

KUANTAN - Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pencinta haiwan terutama kucing yang begitu...

Agensi Berita Malaysia, Bahrain Tingkat Kerjasama

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari ini menerima kunjungan Menteri Komunikasi Bahrain, Ali Mohammed Al Rumaihi di pejabatnya, di sini.

Pertemuan yang berlangsung selama 30 minit itu antara lain membincangkan kerjasama antara Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Agensi Berita Bahrain (BNA).

Salleh berkata beliau dan Ali bersetuju agar kedua-dua agensi itu meningkatkan kerjasama yang telah sedia wujud sejak 2014, terutamanya dalam bidang penyiaran, pertukaran dokumentari dan pertukaran wartawan.

Beliau turut mengalu-mengalukan kedatangan delegasi BNA ke negara ini tidak lama lagi bagi meningkatkan kerjasama antara agensi itu dengan Bernama.

Bernama dan BNA menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersempena Mesyuarat ke-37 Lembaga Eksekutif Pertubuhan Agensi-agensi Berita Pasifik (OANA) di Bahrain pada Jun 2014 dalam bidang pertukaran berita.


Ali merupakan antara menteri Kabinet Bahrain yang turut serta dalam delegasi Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa yang mengadakan lawatan negara di Malaysia bermula 30 April hingga esok.

Lawatan tersebut adalah atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dan yang pertama dilakukan ketua negara itu sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik pada 1974. – BERNAMA

Kategori