Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Video: Wanita Mencuri Di...

SATU video berdurasi lebih dua minit memaparkan seorang wanita berkaca mata dan berbaju...

Kos Minimum Ibadah Umrah...

KUALA LUMPUR: Harga lantai baharu bagi mengerjakan ibadah umrah untuk 12 hari 10 malam kini ditetapkan sebanyak RM6,900.Kenaikan itu menandangkan terdapat peningkatan kos susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), sama ada di pihak Arab Saudi atau kerajaan Malaysia.

Ubah Status Dokumen Tender...

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP digesa supaya mengubah status dokumen tender...

Empangan Kahang Siap Sepenuhnya...

KLUANG - Projek pembinaan Empangan Kahang berdekatan Felda Kahang Timur di sini, yang...

Agong Sampaikan Biasiswa BYDPA Kepada 12 Pelajar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini berkenan mengurniakan biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) 2017 kepada 12 penuntut institusi pengajian tinggi di Istana Negara di sini.

Kesemua penerima biasiswa, yang dipilih oleh Jawatankuasa BYDPA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu, melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang sains dan teknologi di universiti-universiti tempatan dan luar negara.

Enam yang menerima biasiswa bagi pengajian PhD ialah James Tan You Sian, pelajar Kejuteraan Bahan di University Oxford, United Kingdom; Christina Parvinder Kaur (Sains Perubatan, Universiti Malaya (UM); Fakhitah Ridzuan (Pengurusan Sistem Maklumat Universiti Sains Malaysia (USM); Mohd Fadhli Abd Rashid (Kejuteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia); Iffa Farahin Jeepery (Biokomia, USM) dan Leong Xin Yun (Biologi Molekul, University of Cambridge, United Kingdom).

Enam penerima bagi pengajian Sarjana pula ialah Daniel Liew Yu Chuan (Kejuteraan Awam, UTM); Heng Wei Khang (Sains Biologi Marin, UM); Jaezah Adlina Zainal Azman (Pharmacology and Translational Medical Science, University Oxford); Kaif Hilman Muhammad Borhan Tan (Matematik, University Of Cambridge, UK); Nur Nadia Che Aziz (Sains Perubatan, USM) dan Vinnothini Rasalingam (Kejuteraan Elektrik dan Elektronik, Imperial College, London).

BYDPA mula diperkenalkan pada 2006 untuk mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar.


Sehingga kini, sebanyak 11 sesi penawaran telah dilaksanakan dengan menaja seramai 129 pelajar iaitu 65 pelajar di peringkat PhD dan 64 pelajar di peringkat Sarjana.

Bidang pengajian yang ditaja meliputi empat bidang utama iaitu sains dan teknologi, ekonomi, undang-undang dan kewangan Islam.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Zainal Rahim Seman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA, Datuk Dr. Rosslina Ahmad Mokhtar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Agong

Kategori