Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Terserah Kepada PAS Tentukan...

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada pucuk pimpinan PAS untuk...

Pemuda UMNO Perlu Miliki...

PASIR PUTEH – Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan setiap anggotanya mempunyai semangat jati...

2 Nelayan Dilaporkan Hilang...

TANGKAK - Dua nelayan dilaporkan hilang ketika memukat ikan apabila bot dinaiki mereka...

‘Tiada Maaf Bagimu’ –...

MIRI - Bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek hari ini menolak permohonan maaf...

Ahli Akar Umbi Setia Bersama UMNO ‘Parti Keramat’

KUALA LUMPUR – Selama 27 tahun bersama UMNO, iaitu sejak berumur 33 tahun, sehinggalah kini mencecah usia persaraan, Ismarani Adnan tidak jemu berbakti untuk parti yang dilabelkannya keramat.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Segambut itu, beliau percaya hanya UMNO yang dapat menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya orang Melayu.

Sementelah Bahagian Segambut (P117) yang “dijaga” beliau tidak pernah kalah dalam pilihan raya sejak diwujudkan, walaupun turut terkena tempias tsunami politik 2008.

“Parti inilah yang menjamin kedudukan Islam di negara ini dan menjamin kuasa raja-raja yang menjadi lambang kekuatan orang Melayu.

“Dengan UMNO jugalah kita berpeluang mendapat pendidikan, pekerjaan dan ekonomi yang kukuh,” katanya kepada Bernama.

Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan segolongan pihak kepada UMNO, tidak sedikit pun perkara itu melunturkan tekad Ismarani untuk terus menyokong UMNO.

KELUARGA PENYOKONG UMNO

Beliau sememangnya berasal daripada keluarga yang merupakan penyokong kuat parti ini, khususnya arwah bapa Adnan Anuar.

“Arwah bapa semasa menyertai perhimpunan pada 13 Mei, 1969 di Balai Datuk Harun (Kuala Lumpur) yang sekarang ini tapak bangunan Selborn, pernah tercedera terkena tembakan peluru sesat dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kaki kanan beliau akhirnya terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya,” cerita ibu kepada tiga orang anak itu.

Adik beradik yang lain turut mewarisi semangat bapa dan kini aktif bersama UMNO termasuk Datuk Bakhtiar Adnan, Naib Ketua Bahagian UMNO Segambut.

Ismarani turut memastikan semua anaknya yang berusia lingkungan 20an dan 30an, mendaftar sebagai ahli parti itu.

“Harapan saya ialah perpaduan yang kukuh bagi seluruh ahli UMNO, dan umumnya seluruh orang Melayu, yang akan memberi undi kepada BN dalam PRU14,” jawabnya ringkas apabila ditanya mengenai harapan sempena Ulangtahun ke-71 UMNO.

JATUH CINTA PADA SEJARAH UMNO

Bagi Ketua Cawangan UMNO Guar Pasir, Rantau Panjang, Kelantan, Datuk Mohd Faizal Daud, bibit perkenalannya dengan UMNO ialah semasa usia belasan tahun iaitu apabila beliau mula berminat mendalami sejarah bangsa.

Penglibatan beliau tidak dipengaruhi ahli keluarga, malah beberapa orang bapa saudaranya adalah ahli parti pembangkang.

Beliau jatuh cinta’ dengan sejarah parti itu yang sarat elemen perjuangan.


“Sejarah itu penting, kalau kita tidak belajar daripada sejarah, kita akan mengulangi kesilapan yang dibuat orang terdahulu,” jelasnya yang mendaftar sebagai ahli pemuda UMNO Guar Pasir seawal usia 23 tahun.

Kini, pada umur 35 tahun, beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Cawangan Guar Pasir selama empat tahun.

Sedia maklum dengan tohmahan yang dilemparkan segolongan pihak kepada UMNO, Mohd Faizal berkata itu adalah perkara biasa bagi sebuah parti politik, apatah lagi parti yang telah lama bertapak.

“Saya dengan UMNO dulu, kini dan selamanya.

“Kalau kita ada masalah dengan orang perseorangan dalam parti kenapa kita nak keluar parti?

“Pada saya itu masalah peribadi.

“Tengok balik perjuangan UMNO selama ini yang telah membawa negara kita, bangsa kita, sehingga dipandang tinggi,” jelasnya.

YAKIN KELANGSUNGAN PARTI

Menurut Mohd Faizal, yang juga Presiden Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak), beliau tidak risau tentang masa hadapan parti ini.

Ini kerana kepimpinan tertinggi UMNO telah merangka perancangan yang teliti termasuklah menerusi TN50, untuk memastikan kelangsungan parti itu supaya kekal sebagai pejuang orang Melayu.

Harapan beliau sempena Ulangtahun ke-71 tahun UMNO ialah agar ahli yang berniat untuk keluar parti akan menghayati semula sejarah dan jasa UMNO selama ini.

“Sempena ulangtahun ini mungkin kita boleh adakan pengkisahan semula mengenai penubuhan parti.

“Kita cerita balik selepas 10 tahun penubuhan, 20, 30, 40, 50, 60 tahun apa yang UMNO sudah lakukan untuk rakyat dan orang Melayu.

“Bagi saya itu penting, dan bagaimana kita nak sebarkan balik kepada anak muda, terutamanya di bandar untuk melihat perkara (pengkisahan) ini,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori