Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harga Songket, Batik Jangan...

PENGUSAHA batik dan songket di negara ini disarankan agar bijak meletakkan harga berpatutan...

VIDEO: Kisah Sedih.. Mengapa...

Jika video yang kini viral di laman maya ini ditonton tanpa membaca maklumatnya,...

Polis Perak Kenal Pasti...

IPOH - Polis Perak telah mengenal pasti beberapa individu di negeri ini dipercayai...

Kehendak Aturan 53 Dalam...

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara akan memansuhkan kehendak dalam Aturan 53 Kaedah...

Magician Guna ‘Kuasa Minda’ Tarik Pelancong Ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Pakar silap mata terkenal Malaysia Kabir Khan Mohamad Reaz akan mempromosikan pelancongan Malaysia di Eropah menggunakan ‘kuasa mindanya’.

Kabir Khan, 32, yang juga Duta Pelancongan Malaysia ke Amerika Syarikat dan United Kingdom akan membuat persembahan psikik itu di hadapan para sosialit di London, United Kingdom pada 3, 4, 5 dan 8 Jun ini sebelum mempamerkan kehebatannya termasuk membaca minda penonton di Berlin, Jerman pada 12, 14 dan 16 Jun.

Beliau berkata persembahan itu memberikan peluang kepadanya untuk mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan kepada para penonton melalui cara unik serta berbeza berbanding program persembahan budaya dan promosi melalui makanan yang sering dilakukan untuk menarik pelancong di luar negara.

“Orang mahu tahu tentang Malaysia dan saya lakukannya menerusi pertunjukan… mereka nak datang ke Malaysia tetapi mereka tidak berbuat demikian.

“Mereka perlukan seseorang untuk beritahu mereka bahawa ini sebabnya kenapa mereka patut datang ke Malaysia, mereka memerlukan motivasi atau mereka akan ke Singapura, Vietnam atau Thailand,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kabir Khan yang berimej ala Elvis Presley berkata beliau bercadang mengadakan sesi perkongsian motivasi untuk menaikkan semangat ingin berjaya dalam kalangan rakyat negara ini.

“Dengan minda dan sikap yang betul, kita semua boleh berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi,” katanya yang merupakan graduan dalam Ketangkasan dan Penyulapan Manual (permainan silap mata) dari Chaves Studio of Magic di Los Angeles dan McBride School of Magic and Mystery di Las Vegas.


Tambahnya, beliau bercadang memulakan sesi motivasi itu di sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan St. John di sini pada Ogos depan sebelum memperluaskannya ke universiti tempatan.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu memilih untuk berada dalam bidang berkenaan selepas terpesona dengan persembahan ahli silap mata terkemuka David Copperfield dalam program televisyen yang ditontonnya ketika berusia enam tahun.

Perjuangan hidupnya untuk menjadi ahli silap mata terkenal di peringkat antarabangsa telah dipaparkan dalam buku terlaris New York Times 2015, ‘The Success Principles 10th Anniversary Edition’ yang ditulis Jack Canfield.

Hasil prestasi membanggakan dengan penglibatan dalam acara berprofil tinggi di seluruh dunia, Kabir Khan diumum Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai duta pelancongan ke Amerika Syarikat dan United Kingdom pada Oktober tahun lepas. – BERNAMA

Kategori