Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

4 Militan Maut Dalam...

RIYADH - Polis Arab Saudi menembak dua suspek militan manakala dua lagi meletupkan...

Rusuhan Kuil: Dah Suruh...

EMPAT lelaki yang berkumpul di Jalan USJ 16, seberang jalan menghadap Kuil Maha...

Noraniza Kecewa Konsert Tak...

KUALA LUMPUR – Penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris kecewa kerana konsertnya tidak mendapat...

‘Tiada Perikemanusiaan’ Pecat Kerana...

PETALING JAYA - Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) mencari keadilan...

Aktiviti Pembalakan Tidak Terkawal Punca Banjir Lumpur

GUA MUSANG – Aktiviti pembalakan untuk tujuan perladangan yang tidak terkawal di Gua Musang dikenal pasti sebagai antara penyebab utama banjir lumpur semakin kerap berlaku di jajahan ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusof berkata aktiviti pembalakan berkenaan menyebabkan kawasan bukit mudah terhakis.

“Dahulu, jalan Gua Musang-Lojing ini tak pernah dilanda banjir lumpur tapi semalam bencana itu berlaku sehingga menyebabkan jalan terpaksa ditutup selama beberapa jam.

“Kita bimbang perkara tidak diingini akan berlaku pada masa depan jika kerajaan negeri tidak mengambil serius mengenai banjir lumpur ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan banjir di kawasan berkenaan, hari ini.

Ab Aziz berkata keadaan Orang Asli di beberapa kawasan terutama di Kampung Jedip di Pos Brooke di sini, juga tidak lagi selamat terutama jika hujan melebihi lima jam.


“Hujan berterusan akan menyebabkan paras air sungai meningkat dengan cepat kerana tiada lagi zon penampan selepas bukit-bukau digondolkan untuk tujuan pertanian.

“Saya telah beberapa kali bangkitkan perkara ini terutama ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian kukuh yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” katanya. – BERNAMA

Kategori