Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Israel Batalkan Perakuan Media...

BAITULMAQDIS - Israel semalam membatalkan perakuan media seorang wartawan Al-Jazeera kerana mendakwa tugas...

DAP Bolot Barisan Pakatan...

GEORGE TOWN - Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini mengumumkan  Majlis Kepimpinan Pakatan Harapan negeri ini yang dipengerusikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan...

Beberapa Negara Komited Kongsi...

PUTRAJAYA - Malaysia bersedia menyumbang idea dan pengalaman menjayakan sistem Perkongsian Awam-Swasta (PPP)...

PRN Johor: PH Dahului...

SENAI - Pakatan Harapan (PH) mendahului 12 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Akur Tradisi, Meghan & Putera Harry Duduk Asing

TEMAN wanita Putera Harry, Meghan Markle, mungkin terpaksa terbang merentasi Lautan Atlantik semata-mata untuk hadiri majlis perkahwinan adik kepada Kate Middleton iaitu Pippa Middleton.

Namun itu tidak bermakna dia akan diberi layanan istimewa.

Walaupun tidak hadir ke majlis tersebut gara-gara tidak mahu kehadirannya menjadi berita yang akan mengalihkan perhatian daripada Pippa, dilaporkan Meghan tidak mendapat tempat duduk bersebelahan dengan Harry!

Susunan tempat duduk yang agak ketat itu bukan sahaja dikenakan ke atas pasangan Harry dan Meghan, malah kepada semua pasangan yang masih belum mempunyai ikatan rasmi.

Ini kerana, di England terdapat tradisi “tiada cincin, duduk asing” yang perlu diikuti oleh semua tetamu yang hadir bagi menghormati majlis perkahwinan.

Bagaimanapun, ketidakhadiran Meghan pada majlis itu menjadi topik perbualan hangat media antarabangsa serta menimbulkan spekulasi sama ada Harry benar-benar serius dalam hubungannya dengan aktres AS itu.


Namun menurut laporan E!News, Harry dan Meghan amat menyayangi Pippa dan mahu majlis itu menjadi hari paling istimewa buatnya.

Jadi Meghan mengambil keputusan untuk tidak hadir dan cuma berkiriman ucapan istimewa kepada mempelai.

Dalam pada itu, khabarnya Harry sudahpun meminta kebenaran dan restu daripada Ratu Elizabeth II untuk mengahwini Meghan yang tua lebih 6 tahun daripadanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori