Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Rakyat Kelantan Perlu Ubah...

KOTA BHARU - Rakyat Kelantan perlu mengubah kerajaan negeri yang kini dipimpin PAS...

Urusan Jenazah, Hanya Ambil...

KUALA LUMPUR - Kira-kira dalam lapan minit sahaja masa yang diambil bagi menguruskan...

Najib Dapat Penghormatan Tinggi...

SYDNEY – Tindakan sesetengah pihak yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Menteri Besar Pahang Diketahui...

KUANTAN - Teka-teki sama ada Datuk Seri Adnan Yaakob akan terus kekal menjadi...

Alahan Mengandung, Amyra Rosli Tetap Puasa

MESKIPUN mengalami alahan namun itu tidak menghalang pelakon, Amyra Rosli, 26, yang kini sedang hamil untuk menunaikan ibadat puasa.

Kongsi Amyra, cubaan pertamanya berpuasa penuh Sabtu lalu berjaya, namun disebabkan kerap muntah, dia tidak dapat meneruskan puasanya semalam (Ahad).

“Alhamdulillah, saya dan bayi dikandung sihat. Doktor galakkan berpuasa malah ada ubat-ubatan yang perlu saya ambil. Hari pertama Ramadan saya dapat berpuasa penuh.

“Cuma semalam saya gagal melakukannya kerana muntah-muntah,” katanya.

Malah, Amyra turut berkongsi bahawa dia semakin biasa dengan perubahan yang berlaku pada tubuhnya dan mengatakan berat badannya naik dua kilogram.

“Ketika awal kehamilan saya tidak ada selera makan. Badan menyusut daripada 45 kilogram (kg) kepada 42 kg.

“Alhamdulillah, ketika usia kandungan memasuki empat bulan, berat badan saya meningkat dua kg. Muntah-muntah itu perkara biasa dan saya sudah boleh menyesuaikan diri. “


Malah, baju pun semakin besar sekarang,” katanya, lapor BH Online. 

Mengenai jantina bayi yang dikandung, Amyra berkata apabila dia dan suami sudah mengetahui sama ada mereka akan menimang cahaya mata lelaki atau perempuan, mereka akan maklumkan kepada media.

Amyra dan Amar mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu selepas lebih setahun bercinta. – MYNEWSHUB.CC

Kategori