Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pengacara Anggap Rakyat Palestin...

BAGI peminat program 'Fashion Police' di saluran E!, nama Joan Rivers tidak perlu...

Mahdzir Didakwa Buat Perjanjian...

KUALA LUMPUR - Saksi kelima pendakwaan, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid...

Hospital Rembau Dinaik Taraf...

REMBAU: Hospital Rembau (HR) dinaik taraf sebagai Hospital Pakar Minor bagi mengimbangi kesesakan...

Remuk Dihempap Lori Simen...

CHINA – Kalau dilihat kepada kemalangan ini, pasti kita akan beranggapan pemandu dan...

Alami Sakit Saraf, Aaron Aziz Rehat Daripada Berlakon

ATAS saranan doktor, pelakon Aaron Aziz kini terpaksa direhatkan sementara waktu daripada dunia lakonan berikutan mengalami masalah saraf ‘cervical facet arthritis’ di bahagian lehernya.

Menurut aktor popular kelahiran Singapura ini, dia sebenarnya pernah diserang sakit yang sama sebelum ini pada tahun 2015 ketika penggambaran filem Suamiku Encik Perfect 10.

Alami Sakit Saraf, Aaron Aziz Berehat Daripada Berlakon

“Baru-baru ini ia menyerang kembali selepas saya mengangkat anak bongsu, Dahlia ketika bermain dengannya.

“Saya tersalah angkat dan sakit itu datang semula. Saya sudah ke hospital dan doktor memaklumkan ada saraf terperangkap di celah tulang belakang bahagian leher.

“Jika berdiri atau duduk selama sejam sakit itu akan datang semula. Selepas baring, barulah saya berasa lega.

“Doktor juga menasihatkan saya supaya lebih banyak berbaring, tidak mengangkat benda berat atau melakukan senaman lasak sehingga saya pulih sepenuhnya,” katanya kepada Harian Metro.


Ekoran masalah itu, Aaron memberitahu, dia tidak boleh menoleh buat sementara waktu.

Terdahulu, Aaron pernah berehat selama lapan bulan ketika diserang kali pertama penyakit itu.

Pada 2013, Aaron pernah terlibat dalam kemalangan ketika penggambaran program realiti TV, Fear Factor Malaysia.

Kita doakan semoga Aaron dapat sembuh seperti sedia kala dan terus berkarya buat industri hiburan tanah air. – MYNEWSHUB.CC

Kategori