Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jambatan Kedua Pulau Pinang...

BATU KAWAN : Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) di sini akan...

Ini Respon Iqram Terhadap...

SEPERTI yang dilaporkan sebelum ini, Altimet dikatakan ‘bengang’ apabila mendapat tahu bahawa Iqram...

UMNO Pecat Tun Faisal...

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat...

Comel.. Kucing Sabar Tunggu...

MAKKAH - Aksi comel seekor kucing yang seakan-akan bersabar menunggu untuk buka puasa...

Ali Hamsa Serah Sumbangan Puspanita Di Labuan

LABUAN – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini menyampaikan sumbangan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) berjumlah RM101,400 untuk beberapa pusat yang mengendalikan golongan orang kurang upaya dan Hospital Labuan.

Beliau menyampaikan cek bernilai RM51,400 kepada Persatuan Autisme Labuan bagi perbelanjaan pentadbiran dan kemudahan pembelajaran, Hospital Labuan (RM45,000), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (Orang Kurang Upaya) (RM3,000); dan Pusat Dalam Komuniti (PWD) Mutiara (RM2,000).

Ali yang juga penasihat Puspanita turut menyampaikan sumbangan RM600 masing-masing kepada tiga pesara kerajaan pada Program Lawatan Amal Puspanita di sini.

Beliau turut mengumumkan kelulusan dana untuk pembelian sebuah van bagi kegunaan Persatuan Autisme Labuan yang bernilai lebih RM100,000.

Ali juga berkata kerajaan akan mempertimbangkan permohonan Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKL), Universiti Malaysia Sabah (UMS) agar kerajaan menawarkan biasiswa kepada guru yang melanjutkan pengajian dalam bidang pengajaran dan pembelajaran orang kurang upaya.


“Kami perlu melihat kepada jumlah yang harus dipertimbangkan memandangkan UMS memohon 30 biasiswa. Kami perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.

Ali memuji usaha Persatuan Autisme Labuan atas komitmen mereka dalam memastikan kanak-kanak autistik menerima pendidikan sempurna.

“Kerajaan akan membantu usaha yang dijalankan oleh mana-mana pusat yang mengendalikan golongan orang kurang upaya, bagaimanapun kerajaan harus diberi penerangan berhubung bantuan yang perlu disalurkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori