Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pengisytiharan Harta Bukti Telus...

KUALA LUMPUR – Arahan pengisytiharan harta ke atas semua anggota pentadbiran kerajaan termasuk...

Jual Dara Untuk Selamatkan...

HANGZOU (China) - Seorang pelajar perempuan di sini cuba menjual dara kerana terlalu...

Cadangan Naikkan Kadar Elaun...

KOTA BELUD -- Cadangan untuk menaikkan kadar elaun kebajikan kira-kira 26,000 anggota Jabatan...

Model Kejam Enggan Maafkan...

Romania - Anak tidak berhati perut dan kejam. Ibu sedang nazak pun tidak...

Anak Buat Harris Baba Lebih Dekat Dengan Agama

KEHADIRAN anak perempuan sulungnya bukan sekadar menambah warna kepada kehidupan, malah turut mengubah kehidupan penyanyi Harris Baba untuk lebih mendekati agama.

Penyanyi kelahiran Singapura itu turut menambah, gelaran bapa juga menjadikan artis berusia 26 tahun itu lebih matang dalam setiap tingkah-lakunya kerana dia mahu menjadi suri teladan kepada anak-anaknya kelak.

“Anak perempuan saya, Aleena Ziya banyak mengajar saya erti kehidupan, malah membuatkan saya lebih matang berbanding dulu. Alhamdulillah, saya juga semakin dekat dengan agama selepas kehadiran cahaya mata sulung.

Anak Jadikan Harris Baba Lelaki Yang Lebih Baik

“Tanggungjawab sebagai bapa masih baharu dalam hidup saya dan tidak dinafikan, saya agak kekok menggalas peranan itu. Biarpun mencabar, ia banyak mengubah saya menjadi lebih baik sekali gus meninggalkan tabiat lama sebelum berkahwin.

“Syukur Aleena tidak banyak kerenah seperti berjaga di tengah malam. Waktu tidur saya dan isteri belum terganggu setakat ini, cuma saya sedikit penat kerana berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Sabah disebabkan isteri dan anak masih tinggal di sana,” katanya memetik portal mStar Online. 


Walaupun terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak yang kini berusia tiga bulan di Keningau, Sabah, Harris tetap menjadikan keluarga sebagai keutamaan.

Penyanyi kacukan Pakistan, Iran dan Cina itu yang mendirikan rumah tangga dengan Nik Naziha Nawawi, 22, pada Mei tahun lalu turut berhasrat membawa keluarganya tinggal bersamanya di ibu kota tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori