Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Undang-Undang SPAD Kekang...

KAMPAR - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) tidak mempunyai kuasa untuk mengekang perkhidmatan...

Daesh: Pekerja Kilang Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di...

KJ Arah Sokong Annuar...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa banyak persatuan...

4 Parti Politik Tubuh...

KOTA KINABALU – Empat parti politik di Sabah iaitu PBS, STAR, PBRS dan...

Anekdot: Pakcik & Perasan Hati Muda

DALAM diam-diam, ramai juga pakcik-pakcik yang terpengaruh dengan pelbagai iklan produk kecantikan untuk kelihatan awet muda.

Rambut yang sudah semakin kurang, boleh tumbuh lebat. Yang nampak uban, boleh hitam kembali. Dahulu pakcik-pakcik hanya fikir pasal rambut.

Sekarang pakcik-pakcik dah mula ambil tahu dan ambil berat pasal kulit muka. Kulit muka yang dah agak lebam banyak kawah, boleh jadi cerah lagi licin.

Perghhh! Semakin kacak pakcik kita. Dah marah pulak apabila dipanggil Pakcik. Kena panggil BangChik. Ok laa BangChik. Asalkan BangChik bahagia.

Hahaha!

Kalau tiga tahun dulu, geng pakcik pakai baju saiz XL. Perut ada sedikit ke depan. Sekarang dah kurang makan. Konon, nak jaga kesihatan. Rupanya, jauh di sudut hati, teringin nak pakai baju SlimFit macam KJ.

Hahaha!

Macam-macam laa pakcik zaman sekarang ni.

Pakcik-pakcik pun suka tukar-tukar handphone. Beli handphone keluaran terkini. Yang paling canggih, bila ditanya, Pakcik jawab handphone ini penting. Mudah berhubung dengan boss.

Senang buat kerja. Tapi tak dinafikan juga, pakcik-pakcik ini pun suka layan akaun Facebook dan group Whataps.

Katanya, senang nak urus majlis reunion sambil tersenyum seribu makna. Pakcik Oh Pakcik. Tentu pakcik teringat kisah cinta masa sekolah dahulu. Itu yang asyik layan Facebook tu. Pakcik tak cakap pun, kami dah boleh agak.

Hahaha!

Pakcik jangan ambil hati. Kami hanya bergurau. Maklumlah, kami ini anak muda. Gurauan itu sudah jadi sifat kami. Kami tak berapa selesa dengan hal yang stress. Kami suka yang cool. Suka yang santai.

Tapi tak bermakna kami tidak ada wawasan. Walaupun santai, kami tetap ada cita-cita besar. Kami juga tetap ada keinginan untuk berjaya dalam hidup.

Pada pendapat kami, yang muda tetap kena hormat kepada yang tua. Walaupun yang muda selalu dimarahi, kami tetap hormat kepada yang tua.

Ini kerana kami selalu diingatkan bahawa kami masih muda.  Tak banyak pengalaman hidup. Jadi akur sahaja kepada nasihat dari yang tua.


Namun begitu, untuk pengetahuan pakcik-pakcik semua, hati kami semakin hari semakin membara untuk memberi nasihat kepada pakcik-pakcik. Kami tak bermaksud untuk kurang ajar.

Tapi kami juga rasa tidak bersalah untuk memberi nasihat. Isunya mudah saja. Kenapa kisah pakcik-pakcik sekarang banyak kepada hal yang berkaitan dengan perpecahan.

Fitnah memfitnah, tidak sehaluan, kecelaruan agama, menghentam tanpa penyelesaian dan pelbagai macam lagi hal yang negatif.

Malah, hal ini sudah hampir 20 tahun berlaku menghiasi berita di arus perdana dan di alam maya. Kenapa pakcik? Tidakkah pakcik merasa malu melakukan hal ini dan memaparkannya kepada kami anak muda?

Apakah salah atau biadap kerana kami menegur hal ini? Bertenang pakcik. Kita santai-santai sahaja.

Kami rasa ramai pakcik-pakcik yang tak faham apa yang kami rasa. Ramai pakcik-pakcik yang sebenarnya tak tahu apa isihati kami. Sebab tak ramai pakcik-pakcik yang rapat dan bergaul dengan kami.

Maklumlah, pakcik-pakcik semua sibuk. Kami faham. Tetapi alangkah bahagianya kami, seandainya pakcik-pakcik juga faham akan isi hati kami.

Pakcik-pakcik yang kami hormati sekelian. Kesusahan yang kita hadapi hari ini sedikit sebanyak adalah akibat tingkah laku pakcik-pakcik semua 20 tahun yang lalu.

Sudah 20 tahun setiap hari, kami dimomokkan dengan isu perpecahan. Sudahlah pakcik. Sempena Ramadan yang bakal tiba ini, marilah kita semua berdoa semoga perpaduan tercipta jua di bumi Malaysia ini.

Hal ini amat kami harapkan. Ini penting agar perjalanan kami menuju 2050 lebih makmur dari hari ini. Jangan marah pakcik. Walaupun pakcik marah, pakcik tetap awet muda dan kami tetap geng pakcik.

Bagi kami, Malaysia umpama rumah. Rumah yang bahagia pastilah rumah yang tiada penceraian. Jom kita semua bahagiakan Malaysia seperti sebuah rumah yang bahagia. – MYNEWSHUB.CC

#laskarmalaya

Kategori