Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Zlatan Ibrahimovic ‘Angkat Kaki’...

PENYERANG Manchester United, Zlatan Ibrahimovic dilaporkan mungkin akan meninggalkan kelab sebelum berakhirnya kempen...

Proses Damai Thailand, Mat...

KUALA LUMPUR - Pelantikan Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu untuk...

Rasuah Berkait Rapat Dengan...

KUALA LUMPUR - Undang-undang yang ketat dan pembentukan sistem yang komprehensif bagi membendung...

Mansuhkan GST Bukan Tugas...

KUALA LUMPUR – Memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menjadi tugas...

Anggota Keselamatan Dalam Keadaan Berjaga-Jaga

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata semua pasukan dan anggota keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan penyusupan masuk kumpulan militan atau penduduk dari selatan Filipina ke Sabah.

Beliau berkata kesiapsiagaan pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sudah pun dipertingkatkan bagi menghadapi kemungkinan berkenaan, berikutan pengisytiharan undang-undang tentera di Mindanou oleh kerajaan Filipina.

“Setakat ini keadaan terkawal,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui Aplikasi WhatsApp di sini hari ini, sebagai mengulas perkembangan terbaru yang berlaku di selatan Filipina.

Semalam, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanou selepas tercetus pertempuran antara tentera kerajaan Filipina dan kumpulan militan di bandar raya Marawi.

Ekoran perkembangan itu juga, presiden Filipina yang sedang melawat Rusia telah memendekkan tempoh lawatannya di negara berkenaan. – BERNAMA

Kategori