Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pelancong Datang Bukan Mahu...

KUALA LUMPUR - Pembatalan pesta arak terbesar ‘Better Beer Festival 2017’ yang awalnya...

Barangan Rumah Bekas Ketua...

IPOH - Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini, menyita barangan dalam rumah...

Identiti 12 Lagi Mayat...

HUTAN MELINTANG - Identiti 12 daripada 61 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot...

Kikis Sikap Bergantung Kepada...

PHNOM PENH - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan umat Islam untuk...

Anggota, Pesara Tentera Ditahan Bawa Senapang

PARIT – Dua anggota dan seorang pesara tentera ditahan selepas pihak polis menemukan selaras senapang patah tanpa permit bersama sebilah parang di dalam kereta yang dinaiki mereka di Jalan Siputeh-Parit di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt. Mohamad Zainal Abdullah berkata mereka yang berusia antara 36 dan 40 tahun itu ditahan pada pukul 11.30 malam oleh pasukan peronda Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Mereka kelihatan mecurigakan sebelum ditahan dan dibawa ke balai untuk proses dokumentasi. Senapang dan parang itu ditemukan dalam beg raket badminton,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohamad Zainal berkata kesemua mereka yang dalam perjalanan dari Siputeh menuju Parit memberi alasan memiliki senapang dan parang bagi mencari ulat sagu sebagai umpan memancing.


“Siasatan juga dilakukan jika mereka terlibat dengan kegiatan jenayah, namun ketiga-tiganya tidak ada rekod jenayah lampau,” katanya. – BERNAMA

Kategori