Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Projek Naiktaraf Hospital Tawau...

TAWAU - Projek menaiktaraf Hospital Besar Tawau, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri...

6 Individu Ditahan Disyaki...

KUANTAN - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan...

Zahid Hamidi Akan Ke...

PUTRAJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil semula...

NLA Peraku Putera Mahkota...

BANGKOK - Sidang khas Dewan Perundangan Kebangsaan (NLA) hari ini memperakui Putera Mahkota...

Anggota TLDM Maut, Anak Dan Isteri Cedera

TELUK INTAN – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut manakala isteri dan dua anak perempuannya cedera setelah kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 22, Jalan Teluk Intan-Bidor, dekat sini, malam tadi.

Kemalangan kira-kira 10.30 malam itu menyebabkan mangsa, Laskar Kanan (PAP) Ridzwan Tarmizi, 33, dari Unit Provos Tentera Laut (Protela) Lumut. yang cedera parah di kepala, meninggal dunia tiga jam kemudian di Hospital Teluk Intan semasa menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Wan Hassan Wan Ahmad berkata isteri mangsa, Siti Mariam Mohd Shariff, 32, dan dua anak perempuan mereka, Siti Nur Sofia, 7, dan Siti Nur Rania Zulaikha, 3, pula masing-masing patah kaki kanan dan retak lutut kanan.

“Siasatan awal mendapati kenderaan Toyota Hilux yang menghala ke Bidor telah hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dinaiki empat sekeluarga itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Wan Hassan, pemandu Toyota Hilux, Tan Lek Lim, 23, yang merupakan pekerja kilang bersama seorang lagi rakannya, Tan Peng Chee, 40, tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori