Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Mosar Persediaan Hadapi Bencana...

RANAU - Satu pasukan bantuan mencari dan menyelamat di gunung (Mosar) yang berpusat...

Video: Tembak Kepala Sendiri...

PADAH mencabar anak tidak bertempat, seorang bapa menyesal tak sudah apabila anak lelakinya...

Parlimen: 3 Tahun Untuk...

KUALA LUMPUR - Penternak babi tempatan diberi tempoh tiga tahun bermula tahun ini...

K’jaan P.Pinang Tidak Haram...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan vape di...

Anifah Rasmi Kedutaan Malaysia Di Holy See

PUTRAJAYA – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman akan merasmikan pembukaan Kedutaan Malaysia di Holy See sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke Holy See dari 8 hingga 10 Mei ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra hari ini, pembukaan kedutaan besar itu merupakan pencapaian penting yang akan mengeratkan dan mengangkat hubungan dua negara ke tahap lebih tinggi.

Dalam lawatan julung kali itu juga, Anifah dijadual akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Most Reverend Paul Gallagher serta Setiausaha Negara merangkap Perdana Menteri Holy See Cardinal Pietro Parolin.

Mereka dijadual untuk membincangkan isu serantau dan kepentingan bersama yang mana Anifah akan menyampaikan pandangan dan pendirian Malaysia mengenai perkara yang memberi kesan terhadap masyarakat antarabangsa.

Lawatan itu turut memberi peluang kepada Malaysia untuk menjelaskan mengenai konsep kesederhanaan di bawah inisiatif Global Movement of Moderates (GMM), yang bertujuan menggalakkan toleransi dan persefahaman sesama kaum dan agama melalui penghayatan nilai kesederhanaan dan penolakan unsur ekstremisme .


Inisiatif GMM dirangka berdasarkan pengalaman Malaysia yang telah membangunkan infrastruktur politik, ekonomi dan sosial dalam suasana penuh keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum dan agama, kata kenyataan itu.

Hubungan diplomatik Malaysia dan Holy See terjalin secara rasmi susulan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai 2011, dan terus menyaksikan hubungan hala positif antara kedua-duanya sejak itu. – BERNAMA

Kategori