Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Kim K Sumbang AS$500,000...

LOS ANGELES - Selebriti rancangan realiti, Kim Kardashian dan keluarganya menyalurkan sumbangan AS$500,000...

Suami Isteri Dipenjara Dan...

IPOH - Sepasang suami isteri, juga merupakan bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia...

Semua Pasukan Liga Super...

KUALA LUMPUR - Sebelas pasukan Liga Super musim ini berdepan dengan tindakan diturunkan...

Hukum Wanita Bergaul Dengan...

PERGAULAN dengan golongan lelaki lembut khususnya bagi Muslimah perlu dititikberatkan. Islam tidak menghalang komunikasi...

Anih Berhad Edar Kurma, Juadah Berbuka Di LPT

KUANTAN – Syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Anih Berhad akan mengedarkan 20,000 pek buah kurma percuma kepada pengguna lebuh raya itu pada waktu berbuka selama sebulan, bermula hari pertama umat Islam berpuasa.

Pengarah Eksekutifnya Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata buah kurma itu akan diedarkan bermula pukul 7 malam hingga 7.45 malam di dua plaza tol utama iaitu Tol Gombak dan Plaza Tol Karak.

Selain itu, Anih Berhad juga akan mengedarkan 3,000 pek juadah berbuka yang mengandungi kurma, nasi, set lauk dan air mineral di kaunter pandu lalu di kawasan rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah pada 2 dan 16 Jun serta R&R Temerloh pada 9 Jun.

“Edaran kurma dan juadah berbuka ini adalah inisiatif kami untuk berkongsi keberkatan Ramadan dan merapatkan ukhuwah serta tanda penghargaan kepada pengguna LPT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nik Fauzi menambah pengagihan pek juadah berbuka, yang melibatkan 1,000 bungkus untuk sekali agihan, adalah kali pertama dilakukan oleh Anih Berhad dan istimewanya juadah itu disediakan oleh peniaga di R&R di LPT.


Beliau menambah pada tahun ini, Anih Berhad juga menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada 10 masjid dan surau terpilih di sepanjang jajaran lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan LPT untuk tujuan moreh.

Anih Berhad turut memberi sumbangan RM2,000 sebagai peruntukan menyediakan juadah berbuka puasa untuk pelajar dan kakitangan Maahad Tahfiz Muhammadi di sini, katanya.

“Ini adalah aktiviti tanggungjawab sosial berterusan kami untuk menyumbang semula kepada masyarakat, khususnya kepada golongan yang memerlukan,” katanya. – BERNAMA

Kategori