Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Hujan Di Jakarta Luar...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam banjir besar yang melanda di ibu...

Setiap Hari Baca Quran,...

MENGAKUI kehidupannya jauh lebih bermakna kini berbanding beberapa tahun lalu, Mizz Nina tidak...

Resepi Cucur Manis Jadi...

ZAMAN sekarang ni apa je yang tak jadi viral, dari pinggan viral kini...

Suspek Kes Bunuh Bersenjata,...

GEORGE TOWN - Polis menyifatkan suspek kes bunuh empat beranak termasuk kanak-kanak lelaki...

APMM Rampas Bot Nelayan Dan Hasil Laut RM2.5 Juta

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Kapal KM Pekan yang berpangkalan di Pahang, menahan 23 nelayan Vietnam kerana disyaki menangkap ikan secara haram di perairan negara semalam.

Turut dirampas dua tan pelbagai jenis ikan, satu tan ikan baja dan 300 kilogram sotong kering yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 juta selain kedua-dua bot berkenaan.

Pegawai Memerintah KM Pekan, Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata semua suspek berusia antara 23 dan 64 tahun itu ditahan di kedudukan 68 batu nautika dari Kuala Tok Bali di sini pada pukul 7 pagi semalam ketika menggunakan dua bot yang digandingkan bersama untuk memukat ikan menggunakan teknik tunda.

“Ketika kapal KM Pekan menghampiri kedua-dua bot itu, awak-awak di atas kapal cuba memotong tali pukat dan bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat APMM Kelantan di Tok Bali hari ini.


Teh berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua nelayan Vietnam berkenaan tidak mempunyai dokumen yang sah dan turut menyamar dengan mengecat bot dinaiki mereka seperti yang digunakan nelayan tempatan. – BERNAMA

Kategori