Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Zaibo Sedia Kembali Ke...

BATU PAHAT - Pelakon Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62,...

SPRM Nafi Keluar Kenyataan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawai kanannya mengeluarkan kenyataan bahawa...

PRN: Calon PKR Kebudak...

KUALA LUMPUR - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersikap kebudak-budakan sewaktu berkempen dalam...

MH 17 : Kenyataan...

SETIAP hari, pengguna laman sosial terutamanya di Facebook, Twitter dan blog disogokkan dengan...

Arsene Wenger Kekal 2 Tahun Lagi – ESPN

MASA depan bos Arsenal, Arsene Wenger hanya akan diketahui lewat Selasa selepas mesyuarat lembaga diadakan bagi menentukan nasib jurulatih kelahiran Perancis itu.

Namun di sebalik keresahan peminat Arsenal menantikan keputusan mesyuarakat tersebut, terdapat laporan mengatakan Wenger akan kekal di Emirates untuk tempoh dua tahun lagi.

Menurut sumber kepada ESPN FC, kontrak Wenger akan tamat pada Jun ini dan tawaran lanjutan kontrak selama dua tahun telah dipersetujui oleh jurulatih berusia 67 tahun tersebut.

Sumber itu juga menjelaskan, Wenger mahu kekal sebagai pengurus Arsenal dan lembaga pengarah telah menawarkan kontrak lanjutan yang dipersetujui tetapi tidak ditandatangani, enam bulan lalu.

Masa depan Wenger bersama Arsenal menjadi tanda tanya susulan prestasi buruk pada musim ini apabila tersingkir daripada empat pasukan teratas liga, sekali gus gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 1998.

Bagaimanapun, Wenger membuktikan dirinya sebagai individu yang masih layak mengemudi Arsenal apabila menewaskan juara liga, Chelsea pada aksi akhir Piala FA, Ahad lalu.


Kemenangannya itu menyaksikan Arsenal menjadi juara Piala FA paling banyak iaitu 13 kali, dan tujuh daripadanya dimenangi oleh Wenger sejak dia tiba di London pada 1996.

Namun peminat masih belum dapat melupakan kekalahan memalukan 10-2 secara agregat kepada Bayern Munich pada aksi pusingan kedua Liga Juara-Juara selain kemarau trofi Liga Perdana Inggeris yang kali terakhir dimenangi pada musim 2003/2004. – mStar Online

Kategori