Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AWAS: 251,198 Saman Dalam...

PUTRAJAYA - Sebanyak 251,193 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui...

Annuar Musa Sah Mohon...

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan...

Nasib 8 Juta Kenderaan...

IMEJ tipikal jalan raya di seluruh Malaysia sering kali diperlihatkan dengan kemunculan model...

Pelamin Bergerak Yang Sempoi...

KELAINAN di majlis perkahwinan merupakan antara perkara yang sentiasa diimpikan setiap pasangan pengantin.Maka, pelbagai cara...

ASP Didakwa Setuju Terima Suapan Untuk Lepaskan PATI

SHAH ALAM – Seorang pegawai polis dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersetuju menerima suapan RM4,000 sebagai dorongan untuk melepaskan seorang warga Bangladesh yang ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah, dua bulan lalu.

ASP Rantai Anak Giling, 46, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Pegawai polis terbabit didakwa bersetuju menerima rasuah itu daripada Azizur Rahman, seorang warga Bangladesh, sebagai dorongan untuk melepaskan pekerja Azizur, Rostam Ali Sheikh, juga warga Bangladesh, yang ditahan di IPD Gombak kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Taman Prima Selayang, Batu Caves, Gombak, kira-kira 5.50 petang, 29 Mac lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pegawai Pendakwa daripada SPRM, Mahamad Sukri Abu Seman mencadangkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.


Pegawai polis itu yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan yang dicadangkan atas alasan dia perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta lima anak yang masih bersekolah.

Hakim Rozilah kemudian memutuskan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan selama dua hari bermula 4 Sept depan.

Mahkamah turut menetapkan 5 Jun depan untuk pengurusan kes. – BERNAMA

Kategori