Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Boeing Mula Pasang 737...

KUALA LUMPUR - Pekerja Boeing di Renton, Washington, mula membina pesawat perintis 737...

Pandelela Raih Gangsa Piala...

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg mempamerkan aksi cemerlang untuk...

BWF Gembira 14 Acara...

KUALA LUMPUR - Presiden Persekutuan Badminton Sedunia (BWF), Poul-Erik Hoyer Larsen amat gembira...

4 Terbunuh Pesawat Terhempas...

WICHITA (Kansas) - Sebuah pesawat kecil yang kehilangan kuasa enjin selepas berlepas, terhempas...

Atlet Paralimpik, Ziyad Zolkefli Bakal Bergelar Bapa

TAHNIAH diucapkan kepada atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkelfi apabila isterinya, Zafirah Nasir telah pun disahkan hamil anak sulung mereka.

Memetik laporan portal Agenda Daily, isteri Ziyad dijangka melahirkan bayi sulung pasangan tersebut pada bulan Ogos ini.

Pada masa yang sama, pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, tahun lalu ini turut meluahkan rasa terujanya untuk bergelar bapa.

“Sudah tentu setiap insan bila dah kahwin nak mempunyai zuriat sendiri. Ada satu keterujaan kerana ia satu anugerah terindah bagi saya.

“Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan doakan yang terbaik untuk saya dan isteri,” katanya.

Tambahnya, dia tidak kisah jantina anaknya dan hanya berharap anaknya dilahir dalam keadaan yang sihat.

Bagaimanapun, menerusi imbasan kandungan doktor ada memaklumkannya mereka berkemungkinan bakal menimang anak perempuan.


Memandangkan usia kandungan isterinya sudah mencecah enam bulan, Ziyad memberitahu mereka juga sudah membeli beberapa barang persiapan menyambut bayi itu.

saya da beli barang raya, anda mcm mana?? Haha asik2 kena buli je

A post shared by ᶻᴵᵞᴬᴰ ᶻᴼᴸᴷᴱᶠᴸᴵ (@ziyadzolkefli) on

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori