Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Projek Tambak Laut P.Pinang...

KUCHING - Masih terlalu awal bagi mana-mana pihak untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai...

Polis Tahan Lima Suspek...

BUTTERWORTH - Polis menahan lima suspek disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah di...

Kenyataan MP Ampang, Zuraida...

BERLAGAK betul Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan...

Kerajaan Cadang Tubuh Pasukan...

PASIR PUTEH - Kerajaan bercadang menubuhkan pasukan relawan laut bagi membantu Agensi Penguatkuasaan...

ATM, Perbankan ‘Online’ Selamat Serangan Luar

KUALA LUMPUR – Mesej elektronik mengenai gangguan terhadap perbankan dalam talian/Internet dan perkhidmatan pengeluaran wang automatik (ATM) kemungkinan disebabkan serangan ransomware, yang tular di media sosial sekarang ini adalah tidak benar.

Demikian ditegaskan Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) dalam satu kenyataan hari ini sambil berkata, bank yang menawarkan perbankan dalam talian/Intenet dan perkhidmatan ATM kini beroperasi seperti biasa.

“Manakala sesetengah bank di seluruh negara mungkin mengalami gangguan sekali-sekali dalam tempoh ini. Gangguan perkhidmatan ATM itu mungkin disebabkan masalah penyelenggaran biasa seperti keperluan pengisian semula mesin atau pengurusan sistem rutin,” katanya.

ABM berkata, industri perbankan komersil memandang serius hal-hal keselamatan siber dan sentiasa berwaspada dalam menguruskan risiko berkaitan perkara itu.

Usaha dibuat secara berterusan bagi memastikan langkah kawalan yang sesuai serta amalan terbaik melibatkan mekanisme pemeriksaan dan penyeimbangan rapi dengan pemantauan transaksi yang tepat pada masanya, tambah ABM. – BERNAMA

Kategori