Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bangkai Gergasi Misteri Berbulu...

ANEH... Seekor gergasi laut misteri dan berbulu ditemukan terdampar di pesisir pantai di...

Trump Beri Amaran Keras...

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump membalas komen perang Presiden Iran, Hassan...

7 Pusat Pemindahan Tempatkan...

KUCHING - Sejumlah 523 mangsa daripada 159 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat...

PAN Kata Sedih Tengok...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titah baginda bersempena...

Awal Ashaari Bengang Dituduh Pakai Baju Tak Ori?

HOS Awal Ashaari baru-baru ini ditegur pengikut laman Instagramnya yang mendakwa selebriti popular itu memakai baju fake jenama Supreme ketika muncul dalam siaran langsung program Melodi.

Menurut Awal, baju yang dikatakan fake itu adalah pemberian orang kepadanya.

‘Bengang’ dengan dakwaan tersebut, Awal terus memuat naik satu gambar menunjukkan transaksi pembelian yang dilakukan oleh si tukang beri hadiah tersebut.

Baju Supreme itu dibeli menerusi jualan atas talian Reebonzmy.

Dalam transaksi itu, baju yang dipakai Awal berharga RM612. Dalam status itu juga, Awal meminta pihak Reebonzmy memberikan penjelasan dengan kadar segera bagi menjawab persoalan tentang originaliti baju yang dipakainya itu.

Pihak Reebonzmy kemudiannya memberi respons terhadap pertanyaan Awal dan akan menyiasat perkara tersebut dan akan memberi maklum balas pada keesokan hari berhubung hal tersebut.

Dalam komen itu, Reebonzmy turut memberikan penjelasan bahawa pihaknya hanya menjual barangan original dan tidak tahu menahu mengenai barangan fake seperti mana yang didakwa sesetengah netizen.


Bagi ‘menutup mulut’ netizen yang menuduhnya memakai baju fake, hari ini Awal sempat memuat naik gambar berserta kapsyen seakan-akan memerli, “Pakai pagoda takde sapa nak marah.”

Pakai pagoda takde sapa nak marah.

A post shared by Awal Ashaari (@awalashaari) on

Untuk makluman, jenama pakaian dan aksesori Supreme merupakan brand pakaian yang cukup popular di kalangan skaters.

Jenama Supreme mula diperkenalkan di kota New York, Amerika Syarikat pada April 1994.

Brand ini menumpukan sasaran pelanggan mereka yang terdiri daripada kalangan skaters, peminat hip-hop dan punk rock. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori