Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Israel Terus Cari Pasal...

TEL AVIV - Israel meraikan ulang tahun penempatan Yahudi ke-50 di Tebing Barat...

Tanah FELDA: Perlu Siasat...

BERA - Siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi perlu dilakukan terhadap semua pihak...

Bangunan SK Taman Samudera...

KUALA LUMPUR - Lebih 300 murid Sekolah Kebangsaan Taman Samudera di Gombak, dekat...

Pulihkan Martabat Identiti Melayu...

KUALA LUMPUR - Sudah tiba masanya untuk identiti bangsa dan budaya Melayu serta...

Awal & Scha Tak Manjakan Lara, Ajar Hargai Pemberian

WALAUPUN layak bergelar selebriti cilik, namun itu tidak bermakna pasangan pelakon dan pengacara Awal Ashaari dan Scha Alyahya memanjakan anak tunggal mereka dengan kemewahan.

Baru berusia tiga tahun, Lara Alana ternyata lebih mencuri tumpuan daripada ibu bapanya apabila berjaya meraih tiga juta followers di laman Instagram dan sering menerima hadiah berupa pakaian yang cantik-cantik daripada orang ramai yang meminati telatah comelnya.

Namun menurut Awal, dia dan Scha sebenarnya tidak pernah membeli barangan mewah untuk anak mereka kerana mahu Lara membesar dengan gaya hidup sederhana.

Dedah Awal lagi, pakaian berjenama yang sering digayakan anaknya itu merupakan pemberian keluarga, sahabat dan peminat.

“Sebenarnya saya dan Scha tidak pernah manjakan Lara sebaliknya orang lain yang memanjakan dia.

“Semua pakaian digayakan Lara dalam Instagram pemberian dan hadiah orang.

“Saya sendiri tidak pernah membelikan Lara pakaian atau barangan mewah sehingga terpaksa membayar ribuan ringgit kerana pada saya itu satu pembaziran.


“Jika ada benda mahal yang kami beli pun seperti basikal atau kereta mainan dan itu pun bukannya kerap,” katanya.

Tambah Awal lagi, mereka memuat naik gambar Lara dengan pakaian mewah bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ia sebagai tanda terima kasih kepada orang yang menghadiahkannya baju tersebut.

“Memang tiada niat kami untuk bermegah kerana bukan itu yang diterapkan dalam diri Lara sebaliknya ia sebagai menghargai pemberian orang, itu sahaja,” katanya memetik mStar Online. 

Sementara itu, Scha berkata, amat penting kepadanya untuk mendisiplinkan anaknya agar Lara sentiasa merendah diri di sebalik perhatian diberikan kepadanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori