PELAKON Ayu Raudhah melahirkan keterujaannya yang bakal menimang cahaya mata perempuan tidak berapa lama sahaja lagi.
Menurut pelakon cantik ini, akhirmya permintaannya dan suami untuk menimang anak perempuan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah menerusi imbasan yang dilakukan, doktor sudah beritahui kali ini saya mengandung anak perempuan. Zaquan juga sangat teruja kerana dia dah lama mengimpikan anak perempuan. Selain berdebar untuk bersalin, saya juga berdebar kerana tak tahu akan bersalin di mana lagi.
“Sebab saya kena ikut jadual latihan Zaquan dan saya mungkin akan bersalin di Perak atau Kuala Lumpur atau Johor Bahru. Jadi sebagai persediaan saya sudah mendaftar ke hospital di ketiga-tiga buah negeri ini,” katanya memetik Media Hiburan.
Ayu berkahwin dengan pemain bola sepak profesional Zaquan Adha Abd Radzak pada 21 Januari 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua anak lelaki Muhammad Aisy Qaiser, 4, dan Muhammad Aisy Aryann, tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC