Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wanita Bakar Diri Lepas...

Kuala Lumpur - Seorang wanita berusia 35 tahun yang dipercaya berang akibat dipecat...

Sikap Baran Syamsul Kurang...

KUALA LUMPUR - Sikap panas baran pengarah filem Syamsul Yusof yang sukar dikawal...

“Kalau 20 Tahun Boleh,...

KONFLIK rumah tangga penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain dengan suaminya iaitu Armin Zaharin...

BR1M Bantuan Langsung Kerajaan...

KOTA MARUDU - Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus...

Azab Bila Terpaksa Buang Tatu

DAPAT dibayangkan bagaimana sakitnya Pasuda Reaw, 21, berdepan dengan parut tatu selepas usahanya membuang tatu terbabit tidak menjadi.

Pasuda memutuskan untuk membuang tatu berbentuk bunga di dadanya itu kerana mahu kelihatan lebih profesional di tempat kerja.

Dia menggunakan bahan kimia Rejuvi yang disapu di bahagian kulit pada bulan Februari lalu namun dalam masa beberapa hari, kulitnya menjadi sakit dan gatal.

Dua bulan selepas itu, Pasuda mengalami kesakitan yang amat sangat dan menderita kerananya. Kulitnya juga berparut.

Pasuda yang berasal dari Udon Thani di Utara Thailand, tidak mahu menggunakan laser untuk membuang tatu tersebut sebaliknya memilih Rejuvi.


“Pada mulanya Rejuvi kelihatan sangat berkesan untuk membuang tatu namun selang beberapa hari ia menyakitkankan.

“Walaupun laser menelan kos yang tinggi namun saya menyesal kerana tidak menggunakan kaedah itu.

“Kesannya sangat buruk dan kesakitannya berlaku pada masa yang panjang,’’ katanya yang mengakui menangis apabila kulitnya merekah.
.
Makmal Rejuvi telah diasaskan oleh Dr. Wade Cheng pada 1988. Beliau merupakan biochemist di San Francisco Bay. – MYNEWSHUB.CC

Kategori