Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Maut, 38 Cedera...

YANGON : Dua terkorban, manakala 38 cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan...

Kerajaan Timbang Sediakan Insentif...

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang menimbang untuk menyediakan insentif kepada industri pembinaan bagi...

Lelaki Warga Emas Hilang...

JULAU – Lelaki warga emas yang hilang ketika memasang pukat di tepi Sungai...

FELDA Perkenal Konsep Sewa...

ROMPIN - Felda, dalam usaha memastikan generasi keduanya mampu memiliki rumah di bawah...

Bak Aksi Filem, Wanita Bersenjata Bawa Lari Kekasih

SEORANG wanita bertindak nekad ‘menculik’ bekas kekasihnya dalam satu majlis perkahwinan lelaki tersebut dengan perempuan lain di Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Indiatoday melaporkan, Ashok Yadav, 24, baru selesai bertukar-tukar kalungan bunga dengan wanita yang dikahwininya sebelum membuat ikrar perkahwinan dengan mengelilingi api mengikut istiadat Hindu.

Bagaimanapun, tiba-tiba dua kenderaan SUV berhenti di pintu masuk lokasi majlis dan 10 orang keluar diketuai seorang wanita yang memegang pistol yang diacukan ke kepala Yadav.

Mereka kemudian melarikan diri bersama pengantin lelaki terbabit.

Wanita bersenjata yang menculiknya dikenal pasti sebagai Bharti, bekas kekasih Yadav yang tidak dapat menerima hakikat bahawa lelaki bertuah itu dapat berkahwin dengan wanita lain.

Bharti rakan sekerja Yadav di sebuah hospital kerajaan dan sudah menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan sebelum Yadav berkahwin.

Sementara itu, bapa Yadav, Ramhet berkata, dia meminang wanita yang akan dijodohkan dengan anaknya bulan lalu.


Ketika menculik Yadav, Bharti dilaporkan memberitahu tetamu di majlis itu bahawa mereka sudah bercinta sejak 10 bulan lalu dan kemudian menghentak kepala Yadav sebelum melarikannya.

Gadis itu sambil menjerit turut memberitahu bahawa dia akan memastikan lelaki itu menjadi suaminya walaupun terpaksa mengancamnya dengan pistol.

Polis kini memburu Bharti dan mangsanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori