Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Facebook Cadang Mahu Wujud...

SAN FRANCISCO – Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas laman sosial popular Facebook,...

RUU355: Usul PAS Membimbangkan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah...

Kucing Batu Mati Dilanggar

SABAK BERNAM : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor mengesahkan...

Pekerja Shell Dicekup ‘Skodeng’...

GURUN - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diintai seorang lelaki ketika menggunakan...

Bakaj Akan Diperkasa Tingkat Pengurusan Air

ISKANDAR PUTERI – Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (Bakaj) akan diperkasakan sebagai usaha meningkatkan pengurusan air di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Ir Hasni Mohammad berkata buat masa ini, Bakaj sedang menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan untuk mewujudkan lembaga atau perbadanan bagi menggantikan Bakaj.

Ini adalah susulan arahan kerajaan negeri yang mahukan fungsi dan peranan Bakaj diperkasakan, kata beliau.

“Bakaj juga sedang dalam proses melaksanakan pengambilan perjawatan pengurusan dan profesional seperti jurutera mekanikal dan awam, pegawai sains dan beberapa kumpulan sokongan,” katanya menjawab soalan Tan Hong Pin (DAP-Mengkibol) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata beberapa kertas kerja juga sudah diserahkan kepada pihaknya dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor bagi kelulusan.

Hasni berkata ia termasuk kertas kerja Sistem Pemantauan Kualiti Air Di Sungai Johor, Pelan Pengurusan Kawasan Tadahan Air Empangan Kahang, Perkhidmatan Perundingan Pemeriksaan Keselamatan Empangan Gunung Pulai Besar dan Penyediaan Pelan Kecemasan Empangan Juaseh di Segamat.

Katanya, Bakaj ketika ini juga sedang berurusan mendapatkan ruangan pejabat yang sesuai bagi menempatkan kakitangan tambahan kerana ruang pejabat sedia ada tidak mampu menampung kakitangan tambahan berkenaan.

Menjawab soalan Dr Zaini Abu Bakar (BN-Nusajaya) mengenai perancangan kerajaan negeri dalam memastikan bekalan air mencukupi, Hasni berkata kerajaan negeri sudah merangka pelan jangka panjang bagi memastikan permintaan bekalan air di negeri ini dapat dipenuhi.


Beliau berkata antara pelan terbabit adalah pelaksanaan projek Sumber Air Sungai Johor yang boleh menghasilkan air 600 juta liter sehari (JLH) dan pemindahan air mentah dari Empangan Seluyut di Kota Tinggi ke Empangan Upper Layang, Pasir Gudang bagi membekalkan air mentah 159 JLH ke Empangan Upper Layang.

“Projek pemindahan dari Empangan Seluyut ke Empangan Upper Layang itu dikenali sebagai projek Layang 1 dan dijangka mula beroperasi pada awal bulan depan.

“Kerajaan negeri dan kerajaan pusat juga akan melaksanakan projek Layang 2 iaitu pemindahan air mentah 159 JLH dari Sungai Ulu Sedili Besar di Kota Tinggi ke Empangan Upper Layang,” katanya.

Menurut Hasni, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pula akan membina loji baru berhampiran Empangan Upper Layang dengan kapasiti reka bentuk 318 JLH.

Katanya projek Sumber Air Sungai Johor, projek Layang 2 dan projek loji baharu terbabit, bagaimanapun, masih lagi di peringkat perancangan dan dijangka dilaksanakan pada tahun 2018. – BERNAMA

Kategori