Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

9 Terbunuh Dalam Kebakaran...

NEW DELHI : Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh selepas sebuah gerabak kereta api terbakar...

Sistem Efisien Bantu Warga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu mengadakan kerjasama dengan Bangladesh bagi...

Setelah 6 Bulan, Barulah...

MUDAHNYA... Selepas enam bulan Pakatan Harapan (PH) dikutuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional...

Lelaki India Murtadkan Wanita...

TERSEBAR beberapa gambar di aplikasi mesej ringkas Whatsapp hari ini yang mendakwa seorang...

Banjir Di Temerloh Beransur Pulih, Paras Air Turun

KUANTAN – Keadaan banjir di Temerloh beransur pulih dengan satu pusat pemindahan sementara telah ditutup dan jumlah mangsa yang dipindahkan tinggal 953 orang sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata pusat pemindahan di Surau Kampung Bongsu yang menempatkan enam orang daripada dua keluarga telah ditutup pada 10 pagi tadi.

“Tiga lagi pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan Desa Bakti yang menempatkan jumlah paling ramai mangsa iaitu 573 orang .

“Sekolah Kebangsaan Batu Kapor masih menempatkan 369 orang dan Dewan Serbaguna Sungai Buloh pula menempatkan 11 mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Menurutnya, paras air di kawasan Mentakab menunjukkan trend menurun, bagaimanapun semua agensi yang terlibat berada masih dalam keadaan siap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir berulang. – BERNAMA

Kategori