Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Burger Nasi Lemak… Cukup...

MAKANAN hipster? Ingat tak tahun lepas ada banyak sangat jenis makanan hipster yang...

Jerebu Mula Menipis Di...

JAKARTA - Setelah hampir empat bulan dilanda jerebu, keadaan kini semakin pulih dengan...

7 Bidang Kerjasama Pendidikan...

JAKARTA - Kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan tinggi antara Malaysia dan Indonesia...

Premium Insurans Pesawah Dijangka...

PASIR SALAK - Premium insurans pesawah padi yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi...

Banyak Kes Dera, Adira Pantau Pembantu Jaga Anak

PENYANYI Adira memberitahu walaupun di menggunakan perkhidmatan pembantu bagi menjaga dan menguruskan anaknya Anggerik, tetapi dia sentiasa memastikan aktiviti pembantunya itu dipantau.

Ini berikutan banyak kes penderaan terhadap bayi yang ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh atau pembantu rumah yang berlaku akhir-akhir ini.

“Alhamdulillah pembantu saya okay setakat ini dan dia banyak membantu saya dalam hal-hal menguruskan Anggerik.

“Pada awalnya saya risau juga tetapi saya ada gerak hati apabila mengenali seseorang dan saya mempunyai perasaan yang baik apabila berjumpa dengan pembantu saya.

“Tetapi saya masih menjalankan pemantauan sepenuhnya kerana ingin berjaga-jaga,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Adira, pada awalnya dia juga berasa berat hati untk mengambil pembantu tetapi bersetuju kerana pembantunya ini dicari oleh suaminya sendiri.

“Pembantu saya dicari oleh suami dan dia juga sudah lama berada di malaysia serta mempunyai tiga orang anak.


“Jadi saya berasa sedikit lega kerana dia juga merupakan seorang ibu dan mempunyai banyak pengalaman,” katanya.

Tambah Adira, seperti kebanyakan ibu lain, dia juga berasa berat hati apabila perlu meninggalkan Anggerik di rumah dan keluar bekerja.

Bagaimanapun katanya, dia akan membawa anaknya jika keadaan mengizinkan atau memastikan dia pulang ke rumah secepat mungkin selepas selesai bekerja. – MYNEWSHUB.CC

Kategori