Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kastam Sita Rokok, Arak...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah berjaya merampas pelbagai jenis rokok...

Jumpa Mayat Dalam Rumah

KUALA LUMPUR - Mayat lelaki ditemui di dalam rumahnya di Projek Perumahan Rakyat...

Atipsom: Polis Selamatkan Wanita...

NILAI - Polis menyelamatkan seorang wanita warga Indonesia berumur 44 tahun yang dilaporkan...

Jose Mourinho Pengurus Baharu...

BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho dilantik pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mouricio...

ABP: Bawa 2 Isteri, Ashraf Muslim Jadi Tumpuan Ramai

KELIBAT pelakon Ashraf Muslim yang membawa bersama kedua-dua isterinya dalam majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 3.0) semalam menarik perhatian semua pihak.

Menurut aktor itu, dia mempunyai alasan yang tersendiri kenapa ‘gigih’ mengusung kedua-dua isterinya, Noor Diyana dan Wan Sakinah ke majlis penuh glamor itu.

“Sebelum ini saya dicalonkan ketika belum berumah tangga. Tetapi, selepas berkahwin, inilah kali pertama saya membawa mereka bersama-sama. Diyana dan Sakinah adalah kekuatan dan penyokong utama saya.

“Mereka banyak membantu saya dan memberi semangat untuk saya terus berjuang dalam industri. Saya menghargai pengorbanan mereka dan berkongsi detik manis pada ABPBH 3.0, jadi tidak salah mereka sama-sama berada di samping saya,” ujarnya memetik BH Online.

Dalam majlis bertemakan Futuristik itu, Ashraf tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular yang mana anugerah itu menjadi milik Fattah Amin yang turut bergelar Bintang Paling Popular. – MYNEWSHUB.CC

Kategori