Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tunjuk Kemaluan, Penjaga Stor...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menunjukkan kemaluan kepada seorang remaja perempuan, seorang penjaga stor...

Rapid Penang Kaji Keselamatan...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan mempertingkatkan tahap keselamatan untuk kapten...

Polis Itali Berjaya Tangkap...

POLIS Itali telah menahan seorang lelaki yang didakwa ketua baharu Mafia Sicily, bersama...

KKM Belanja RM20j Program...

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membelanjakan hampir RM20 juta sejak Januari...

Beri Buaya Minum Bir, Dua Lelaki Didakwa

PADAH memberi seekor anak buaya minum bir, dua lelaki berdepan dakwaan di mahkamah selepas gambar perlakuan itu tersebar.

WMBF News melaporkan, Joseph Andrew Fliyd, 20, dan Zacary Lloyd Brown, 21, dari Ridgeland South Carolina, Amerika Syarikat menemui haiwan berkenaan sedang melintas ketika memandu dari Hardeeville dan Tillman.

Mereka kemudiannya menangkap haiwan berkenaan sebelum menuangkan bir ke dalam mulutnya, mengambil gambar sebelum melepaskannya semula ke kolam berdekatan.

Menurut kenyataan dari Jabatan Sumber Asli South Carolina (SCDNR), dua lelaki berkenaan didakwa atas tuduhan melakukan penderaan terhadap buaya.

Gambar berkenaan pada awalnya muncul di Snapchat sebelum paparan skrinnya telah dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook lain.


Kes itu mula disiasat oleh SCDNR selepas agensi itu menerima berpuluh-puluh mesej dan emel daripada orang ramai berhubung penyebaran gambar itu.

Menurut SCDNR, kedua-dua lelaki terbabit boleh dikenakan denda maksimum AS$300 (RM1,281) dan hukuman itu akan ditentukan dalam masa terdekat. – MYNEWSHUB.CC 

https://www.youtube.com/watch?v=5n688x6DAdk

Kategori