Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Barisan Exco Johor Yang...

JOHOR BAHRU - Barisan Exco Negeri Johor yang baharu dilihat adalah pasukan kepada...

Akauntan Kelar Leher 14...

Mumbai - Seorang lelaki berusia 35 tahun membunuh 14 anggota keluarganya, termasuk tujuh...

Serpihan Di Mozambique Hampir...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Australia mengesahkan serpihan yang ditemukan di Mozambique kemungkinan besar...

RUU 355 Perlu Runding...

KUALA LUMPUR - Rang Undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)...

Beribu Botol Air Zam Zam Palsu Dimusnahkan

KUALA LUMPUR – Operasi bagi menghentikan pasaran gelap air Zam Zam palsu giat dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Terbaru, pihak berkuasa Madinah merampas lebih 3,000 botol air Zam Zam yang berpelekat Projek Air Zam Zam Raja Abdullah di kawasan letak kereta di sebuah penempatan.

Kementerian Perdagangan dan Pelaburan Arab Saudi turut bertindak menutup sebuah kilang di Buraidah yang melakukan pembotolan semula menggunakan air biasa.

Dalam serbuan di kilang itu, pihak berkuasa Berjaya menemukan 6,500 botol air Zam Zam yang sudah dicampur dengan air biasa, lapor SaudiGazette.

Kementerian itu turut menemui sebuah gudang di Mekah yang menyimpan air Zam Zam itu untuk dijual di kedai-kedai. Sebanyak 200,000 botol air Zam Zam dimusnahkan dan gudang terbabit disita.


Menjelang bulan Ramadan, permintaan terhadap air Zam Zam meningkat berkali ganda membuatkan pihak yang tidak bertanggungjawab ini mengambil peluang untuk mengaut keuntungan dengan menyediakan air Zam Zam palsu.

Selain permintaan dari penduduk tempatan, jemaah umrah dari luar negara turut membeli air Zam Zam dalam kuantiti yang besar untuk dibawa pulang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori