Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Apam Balik Lembut Dan...

Kalau di pasar malam, tak lengkaplah kalau tak ada yang menjual makanan satu...

Lepas Chong Wei, Filem...

SELEPAS filem biografi Datuk Lee Chong Wei, kini satu lagi filem biografi atlet...

Calon SPM Terjejas Banjir...

KEPALA BATAS - Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Pulau Pinang yang terjejas...

Malaysia Ubah Hukuman Mati...

MEXICO CITY - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengubah hukuman ke atas tiga...

Belia Perlu Rebut Peluang, Kurangkan Merungut

TAWAU – Golongan belia dinasihat merebut peluang disediakan kerajaan dan mengurangkan sikap merungut serta malas berusaha untuk mendapatkan perkara yang dihajati, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk dalam bidang pendidikan, pekerjaan, perniagaan, perumahan dan dana agar belia lebih berkualiti dan berdaya saing sesama sendiri.

“Bijaklah merebut peluang terhidang semaksimum mungkin agar tidak dimanfaatkan orang luar, ” katanya ketika berucap pada majlis Hari Interaktif Belia Tawau 2017 di sini, hari ini.

Katanya, golongan belia juga perlu memanfaatkan aktiviti berpersatuan ke arah menyemai nilai-nilai kepimpinan dan jati diri serta merapatkan barisan dan mengukuhkan kesatuan dalam kalangan para belia di seluruh negeri.

“Berpersatuan juga dapat meningkatkan iltizam dan tekad para belia sebagai pemangkin perpaduan, pendukung patriotisme dan sukarelawan, perintis keusahawanan berpaksikan pengetahuan dan kemahiran serta pencetus inovasi dan kreativiti sebagai generasi harapan masa depan yang berkualiti dan unggul,” katanya.


Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil berat kepentingan para belia dan sentiasa menghargai peranan dan sumbangan belia kerana menyedari mereka adalah pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan.

Pada masa sama, belia perlu menggunakan kewujudan media sosial sebagai ruang meluahkan pandangan dan pendapat secara bijak serta menapis segala maklumat kurang tepat, palsu, pembohongan dan fitnah, katanya. – BERNAMA

Kategori