Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Manjakan Anak, Sarah...

JIKA sesetengah ibubapa akan membuat persiapan bersungguh-sungguh untuk anak-anak, penyanyi Siti Sarah pula...

Jepun Mahu Kereta Api...

TOKYO -  Jepun hari ini mengulangi hasratnya untuk melihat teknologi kereta api laju...

Wanita Indonesia Maut Ditetak...

NILAI - Seorang wanita warga Indonesia ditemukan mati dengan kesan tetakan di belakang...

Gani Patail Jelaskan Akaun...

BERHUBUNG dengan siasatan pasukan khas tentang isu sebahagian dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang...

Ulang Tahun 71: Sang Saka Bangsa Tiba Di KLIA

SEPANG – Bendera UMNO, Sang Saka Bangsa yang diarak sepanjang Larian Bendera sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-71 UMNO tiba di daerah ini hari ini selepas diterbangkan dari Sabah.

Ketibaan bendera dan peserta larian dari UMNO Sabah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.45 petang disambut oleh Ketua Bahagian UMNO Sepang Datuk Marsum Paing.

Rombongan UMNO Sabah disertai 200 pemuda yang diketuai Setiausaha Eksekutif UMNO Sabah Datuk Kadzim M. Yahya dan Ketua Pemuda Sabah, Yamani Hafez Musa.

Marsum ketika ditemui pemberita di KLIA berkata larian bendera itu akan diteruskan bermula dari Bangunan UMNO Sepang menuju ke Sungai Manggis pada pagi Rabu ini sebelum diserahkan kepada Bahagian UMNO Kuala Langat.


“Dijangka 100 peserta yang terdiri daripada Pemuda UMNO Sepang akan menyertai larian kali ini.

Larian ini penuh bermakna bagi UMNO khususnya di Sepang bagi menimbulkan kecintaan pada parti ini yang menunjangi negara sejak mencapai kemerdekaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori