Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Perkhidmatan MRO: Destini &...

KUALA LUMPUR - Destini Bhd dan Felcra Bhd hari ini menandatangani memorandum persefahaman...

Hampir 120,000 Unit Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 119,933 unit rumah di bawah Projek Rumah 1Malaysia (PR1MA)...

Kejayaan MAS Memerlukan Pengorbanan...

KUALA LUMPUR - Setelah kerajaan dan rakyat mengizinkan 'pengorbanan' berbilion ringgit untuk memulihkan...

Lelaki Lolos Polis Walaupun...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki memandu secara merbahaya ketika memecut kereta yang membawa...

“Beratnya Anak Perempuan Saya,” Keluh Bapa

SEORANG bapa di India buntu selepas berat badan bayi perempuannya yang baru berusia sembilan bulan naik mendadak hingga mencecah 19 kilogram.

Suraj, 23, berkata, bayinya yang diberi nama Chahat dilahir dengan berat hanya dua kilogram (kg), lebih rendah berbanding bayi normal di India.

Ujarnya, berat Chahat meningkat mendadak ketika berusia empat bulan dan kini mencecah 19.2kg sedangkan pada usia itu berat normal dalam lingkungan 9kg.

“Saya kini bergelut untuk membayar kos rawatan anak saya manakala isteri saya, Renu tidak bekerja,” katanya memetik Hindustanimes.

Pakar kanak-kanak di sebuah hospital kerajaan di Amritsar, Dr Sandeep Aggarwal berkata doktor juga sukar mengambil sampel darah bayi itu untuk pemeriksaan kerana lemak yang berlebihan.

Ujarnya, bayi itu mungkin menghidap masalah hormon atau sejenis tumor yang menyebabkan berat badannya naik mendadak.

“Bayi itu perlu dirawat segera kerana berat badannya akan meningkat lagi apabila dia semakin membesar,” jelasnya.


Menurutnya, dia sudah merujuk bayi itu ke Hospital Guru Nanak Dev di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Saya menasihati ibu bapa bayi ini supaya mengubah diet pemakanan anak mereka dan melakukan aktiviti fizikal untuk membantunya menurunkan berat badan.

“Bagaimanapun, bagi kes seperti ini, rawatan berkala juga perlu dilakukan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Kategori